• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masa Depan MAEPS Sebagai Taman Tema Keluarga

oleh Ahmad Albab
11/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Sebuah jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi melihat potensi dan kewajaran Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijadikan taman tema keluarga, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Tapak tema khas ini supaya orang ramai boleh meluangkan masa cuti dan membawa keluarga di hujung minggu,” katanya kepada media pada hari terakhir Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di MAEPS hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menutup MAHA 2016 itu mencadangkan agar tapak MAHA itu terus hidup dengan dijadikan pusat agro-pelancongan bagi mempromosi produk pertanian.

Menurut Ahmad Shabery, jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Ahmad Zahid itu akan turut melibatkan beberapa kementerian seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Ahmad Shabery dalam pada itu mahu kawasan MAEPS dikekalkan seperti sekarang dan tidak mahu ia diubah untuk dijadikan tapak pembangunan perumahan atau kondominium.

“Cuma diminta ada tambahan kemudahan seperti monorail di sekitar MAEPS untuk menghubung satu tempat ke tempat yang lain. Kita akan memasukkan perkara ini dalam ‘post-mortem’ akan datang.

Katanya, MAEPS dijadikan hak dan milik rakyat serta akan dibangunkan sebagai tapak rekreasi untuk rakyat dan keluarga mereka.

“Kalau dahulu, orang anggap MAEPS jauh dari Kuala Lumpur tetapi sekarang ramai dah mengenali dan tahu MAEPS mudah dikunjungi kerana terdapat lebuhraya Maju Expressway,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery CheekMAHA 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ECRL Pun Tinggal Kenangan Seperti Perwaja Steel

23/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu projek Perwaja Steel pernah menjadi projek kebanggaan Perdana Menteri ke-4 untuk masyarakat Pantai Timur...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd