• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manfaatkan Kalkulator KWSP Rancang Persaraan

oleh
24/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Aplikasi ‘Kalkulator’ di laman sesawang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh berperanan sebagai alat sokongan untuk pencarum merancang simpanan mencukupi bagi persaraan mereka.

Kalkulator Simpanan dan Kalkulator Persaraan KWSP, yang boleh diakses di www.kwsp.gov.my atau menerusi pencarian di google bagi kata kunci ‘kalkulator KWSP’, menyediakan maklumat penting bagi pencarum untuk membuat keputusan bijak dalam merancang kehidupan hari tua mereka.

Manfaatkan Kalkulator KWSP Rancang Persaraan

Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS), Janaith Lee berkata ‘Kalkulator’ merupakan satu daripada aplikasi yang digunakannya pada sesi dengan pencarum KWSP sebagai panduan untuk merancang persaraan dan kewangan mereka.

Bergantung kepada jenis gaya hidup yang seseorang itu mahukan apabila bersara, katanya ‘Kalkulator’ akan membantu memberikan idea terhadap soalan seperti “berapa banyak adalah mencukupi?” “berapa banyak yang anda perlu bagi persaraan?”, “adakah anda sudah bersedia untuk bersara?” dan “bagaimana untuk anda belanjakan wang apabila bersara?”

“Kalkulator Simpanan KWSP mengunjurkan jumlah simpanan yang dijangkakan pada umur persaraan bagi akaun satu dan dua manakala Kalkulator Persaraan dapat menganggarkan jumlah simpanan yang diperlukan mengikut umur, perbelanjaan apabila bersara dan baki simpanan pada akhir tahun, dengan turut mengambil kira kadar inflasi,” kata Lee kepada Bernama, di sini, baru-baru ini.

Objektif RAS adalah untuk memupuk kesedaran dan pada sesi bersemuka yang biasanya mengambil masa 30-45 minit, pegawai RAS akan berkongsi maklumat mengenai persaraan dan perancangan kewangan dengan setiap pencarum, jelasnya.

“Setiap sesi disusun untuk memberikan kesedaran dan panduan asas kepada ahli KWSP tentang pelbagai cara untuk membuat perancangan persaraan dan kewangan.

Tetapi kuasa bertindak terletak di tangan pencarum,” kata Lee, yang bertugas di KWSP Kota Kinabalu.

Katanya pasukan RAS memberikan nasihat mengenai skop asas bagi perancangan persaraan dan kewangan serta produk dan perkhidmatan KWSP seperti Skim Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun, pilihan untuk mencarum secara sukarela, kadar caruman statutori, simpanan dalam Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia (SP1M); caruman pilihan sendiri dan skim pengeluaran KWSP yang lain.

Berhubung sama ada adakan sudah agak terlambat bagi pencarum yang sudah berusia untuk merancang kewangan bagi persaraan, Lee berkata perancangan sepatutnya bermula sewal mungkin, tanpa mengira tahap usia dan peringkat kehidupan.

“Lebih lama anda bertangguh dalam membuat perancangan persaraan anda, ia akan menjadi lebih sukar berikutan peningkatan kos hidup,” katanya. – BERNAMA

Tags: InflasiKalkulatorKWSPPersaraan
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd