• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Majlis Peguam

oleh AK-47
05/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan Majlis Peguam terhadap keputusan Lembaga Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara (DB) membersihkan peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham daripada salah laku berkaitan akuan bersumpah (SD) kedua oleh penyiasat persendirian P.Balasubramaniam.

Peguam Lai Chee Hoe, yang mewakili Majlis Peguam, berkata Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu selepas mendapati tiada alasan untuknya mengganggu keputusan DB.

“Tiada kos yang dikenakan oleh mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas pendengaran kes itu di dalam kamar hakim berkenaan, yang turut dihadiri peguam Rishwant Singh yang mewakili Cecil.

Rishwant yang ditemui pemberita kemudian mengesahkan perkara itu.

Majlis Peguam memfailkan rayuan itu menerusi saman pemula untuk mengetepikan keputusan DB pada 11 Mac, 2016 dengan menamakan Cecil sebagai responden tunggal

Ia juga memohon satu perintah bahawa responden bertanggungjawab bagi salah laku mengikut Seksyen 94(3) Akta Profesion Undang-Undang 1976 serta kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Majlis Peguam mendakwa DB telah terkhilaf di sisi undang-undang dalam memperakukan dapatan dan cadangan dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin (DC).

DB telah memperakukan dapatan dan cadangan DC yang mendapati tiada alasan untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Cecil.

Aduan difailkan terhadap Cecil bagi salah laku atas dakwaan merangka SD kedua Balasubramaniam, yang merupakan saksi pendakwa raya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pendengaran prosiding tata tertib terhadap Cecil bermula 27 Feb 2014 dan berakhir pada 7 Feb 2015 dengan dapatan serta cadangan DC mendapati tiada alasan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Cecil dan susulan itu DB memperakukan dapatan dan cadangan DC.

Pada 4 Julai 2008, Balasubramaniam telah menandatangani SD kedua itu bagi menarik balik seluruh isi kandungan dalam SD pertamanya yang mendakwa bahawa beliau telah dipaksa untuk menandatangani SD pertama dalam keadaan tertekan.

SD pertama itu berkaitan dengan perbicaraan kes bunuh Altantuya di Mahkamah Tinggi Shah Alam. – BERNAMA

Tags: Peguam Cecil AbrahamRayuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

25/09/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan anak warga Australia, Annapuranee Jenkins atau Anna Jenkins, untuk mengembalikan saman kecuaian terhadap...

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

19/03/2025
1

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd