• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: 2 Didakwa Culik Ahli Perniagaan Tuntut Tebusan RM19j

oleh Ahmad Albab
30/12/2016
dalam Terkini
2
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua lelaki dipercayai anggota kumpulan jenayah terancang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menculik seorang angggota perniagaan bagi mendapatkan wang tebusan RM19 juta, tahun lalu.

Low Sing Hwa, 29, dan Tham Hock Ann, 36, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas ia dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali.

Mereka didakwa bersama-sama tiga orang yang masih bebas, melarikan dan mengurung secara salah Chin Yoke Choon, 53, di tempat letak kereta Hotel Seri Manja Boutique, Bandar Indera Mahkota di sini pada kira-kira 5.55 petang, 26 Dis 2015.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 24 Jan ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mengikut fakta kes, pada hujung tahun lalu, seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk yang merupakan pengarah eksekutif syarikat pasaraya besar, hartanah dan pembinaan diculik oleh sekumpulan lelaki berpakaian seragam polis yang menaiki ‘kereta peronda’.

Mangsa kemudiannya dilepaskan di Genting Sempah, dekat sini selepas 74 hari ditahan setelah keluarganya membayar wang tebusan dalam mata wang Singapura.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, Low dan Tham mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi anggota Geng William antara Januari 2015 hingga 11 Nov lalu di Kuantan, mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Dua rakan mereka, Choo Jia Lerk, 23, dan Liew Chee Hwa, 29, pula mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bergaul dengan Geng William tanpa sebab yang munasabah sekitar April 2015 hingga 19 Nov lalu mengikut Seksyen 130Y kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal memaklumkan pihaknya tidak bercadang menawarkan jaminan kepada kesemua tertuduh kerana masih menunggu izin pihak pendakwa raya untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan permohonan itu dan menetap 24 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pihak pendakwaan turut diwakili Pengarah Pendakwaan Pahang Faridz Gohim Abdullah manakala semua tertuduh diwakili peguam S.Sundarajan. – BERNAMA

Tags: kes culikmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd