• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LKIM Laksana Sekatan Eksport Spesies Ikan Terpilih

oleh Ahmad Albab
10/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melaksanakan sekatan eksport spesies ikan terpilih mulai 1 Dis lepas sehingga 28 Feb 2017, kata Pengerusi LKIM Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata sekatan di bawah Kaedah-kaedah Pemasaran Ikan 2010 itu bertujuan menampung kekurangan bekalan ikan di pasaran semasa musim tengkujuh.

Spesies ikan dalam bentuk segar yang dilarang dieksport ke luar negara ialah ikan kembung, selar, selayang, pelaling, bawal putih dan udang putih, katanya.

“Jenis-jenis ikan ini merupakan pilihan utama masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menyertai sesi ‘shell out’ santai bersama petugas media sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) di sini hari ini.

MAHA 2016 bertemakan ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’ yang berlangsung sejak 1 Dis di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) akan berakhir esok.

Irmohizam berkata sebanyak tiga persatuan nelayan iaitu Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Persatuan Nelayan Negeri Kedah (Nekad) dan Persatuan Nelayan Kawasan Besut (PNK Besut) diberi tanggungjawab untuk menjadi pusat simpanan ikan sejuk beku.

“Nekmat akan menampung bekalan ikan bagi kawasan tengah dan selatan Semenanjung Malaysia, Nekad pula kawasan utara manakala PNK Besut bagi kawasan pantai timur.

“Setakat ini, stok simpanan ikan sejuk beku adalah sebanyak 145 tan metrik, dengan pecahan Nekmat 125 tan metrik tan, Nekad dan PNK Besut masing-masing sebanyak 10 tan metrik,” katanya.

Beliau berkata masyarakat tidak perlu panik kerana LKIM sentiasa berusaha untuk memastikan stok bekalan ikan segar tidak terputus terutamanya di pasar-pasar tani. – BERNAMA

Tags: LKIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nelayan Diminta Daftar Dengan LKIM Untuk Dapat Bantuan

Nelayan Diminta Daftar Dengan LKIM Untuk Dapat Bantuan

26/12/2022
0

TUMPAT : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggesa semua nelayan di negara ini mendaftar dengan persatuan nelayan agar bantuan dapat...

LKIM Tiada Lagi Simpanan Ikan Sejuk Beku

28/05/2022
0

Taiping : Tiada simpanan ikan sejuk beku di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menampung masalah kekurangan dan kenaikan harga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd