• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 200 Orang Di Ipoh Bantah Keganasan Di Syria

oleh Ahmad Albab
18/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lebih 200 orang menyertai ‘Solidariti Walk’ anjuran Aman Palestin Perak dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Ipoh bagi menzahirkan bantahan terhadap keganasan yang berlaku di Aleppo, Syria.

Pengurus Aman Palestin Perak, Khairul Amin Ibrahim berkata program itu merupakan kesinambungan daripada bantahan di Kedutaan Rusia pada Jumaat lalu berikutan kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk terbabit.

“Pada hari ini kita berkumpul bagi mengajak semua warga bandar raya ini untuk bersama-sama menunjukkan mesej persaudaraan kepada umat Islam yang ditindas tanpa henti di Palestin, Syria dan Rohingya,” katanya ketika ditemui pada Program Cakna Ummah Palestin, Syria dan Rohingya di Jalan Raja Dihilir bersempena program Hari Tanpa Kereta di sini, hari ini.

Katanya selain ‘Solidariti Walk’, turut diadakan beberapa acara termasuk mini forum untuk menceritakan serba sedikit berkenaan kekejaman yang berlaku di beberapa negara Islam.

Sementara itu, wakil Isma cawangan Ipoh, Syed Salahuddin Syed Ayob berkata penyertaan warga Ipoh terhadap ‘Solidariti Walk’ amat membanggakan sekali gus menunjukkan seluruh rakyat di negara ini bersatu dalam mengecam tindakan tidak berperikemanusian terhadap nasib umat Islam yang ditindas.

“Ini adalah satu kekejaman yang sangat besar bukan sahaja kepada agama dan umat Islam malah terhadap hak asasi manusia.

“Tindakan kuasa besar yang menindas mereka yang tidak terlibat dalam peperangan adalah sangat kejam dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya. – BERNAMA

Tags: SolidaritiSyria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd