• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagu Yuna Disenarai Pendek Academy Award 89

oleh AK-47
17/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DISEBALIK kontroversi yang menimpa penyanyi yang semakin meningkat naik di Amerika Syarikat kini, Yunalis Zarai atau Yuna membuktikan ianya tidak menghalang perkembangan bakat seninya.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terukir Dibintang’ ini membuktikan pengorbanan berkelana di negara asing membuahkan hasil apabila lagu gandingannya bersama Nicholas Pike disenaraikan dalam pencalonan awal kategori lagu Asli Terbaik Academy Award ke-89 yang bakal berlangsung pada Februari 2017.

Lagu On Ghost Ridge ciptaan Nicholas yang juga pemenang anugerah Emmy dihasilkan untuk filem dokumentari 100 Years: One Woman’s Fight for Justice.

Filem dokumentari terbabit mengisahkan Elouise Cobell, pejuang Blackfeet dari Montana memfailkan saman terhadap kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat pada 1996 berikutan penyelewengan dana persatuan Native American.

Selain lagu tersebut, turut disenaraikan adalah 91 lagu untuk Academy of Motion Picture Arts and Sciences dan lima terbaik akan diumumkan pada 24 Januari 2017 sekali gus layak dipertandingkan di acara berprestij itu nanti.

Pada tahun 2014, lagu Shine Your Way dendangan Yuna bersama band Owl City pernah disenaraikan dalam pencalonan awal Academy Award 2014.

Namun, lagu runut bunyi bagi filem animasi The Croods itu tidak terpilih sebagai Top 5. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AnugerahCalonyuna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

PRK Mahkota: ‘Harap Calon BN Terus Bela Nasib Rakyat’

PRK Mahkota: ‘Harap Calon BN Terus Bela Nasib Rakyat’

08/09/2024
0

KLUANG: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mengharapkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) terpilih sebagai wakil rakyat pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd