• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Tambah 500 Ambulans Tahun Depan – Dr Hilmi

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menambah 500 ambulans bagi hospital dan klinik di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata daripada jumlah itu, 120 ambulans akan diagihkan ke hospital dan klinik di Sabah dan Sarawak.

“Sebanyak 36 ambulans akan diagihkan ke hospital di Sarawak manakala 84 lagi ke Sabah,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Negara di sini, semalam.

Pada masa ini, beliau berkata jumlah keseluruhan ambulans bagi hospital dan klinik kesihatan sedia ada di Sabah adalah 279.

Sementara itu, menyentuh mengenai projek tempat letak kereta bertingkat di hospital, Dr Hilmi berkata kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan projek rintis di dua hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Serdang, kedua-duanya di Selangor.

“Kerajaan berhasrat membina tempat letak kereta bertingkat secara perkongsian awam-swasta (PPP) dengan kaedah BOT (bangun, guna, serah).

“Sekiranya berjaya, projek ini akan diperluaskan untuk pelaksanaan di mana-mana hospital yang mempunyai masalah kekurangan tempat letak kenderaan yang sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ambulans
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

01/12/2025
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika...

Padah Ekori Ambulans, Lelaki Ditahan Pandu Kereta Berbahaya

Padah Ekori Ambulans, Lelaki Ditahan Pandu Kereta Berbahaya

03/12/2024
0

SHAH ALAM: Pemandu sebuah kereta ditahan selepas dikesan memandu dalam keadaan berbahaya dengan mengekori rapat sebuah ambulans di Lebuhraya Persekutuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd