• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Dobi, Cuci Kereta Terjejas Sebab Air Tiada

oleh AK-47
20/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedai dobi dan cuci kereta antara perniagaan yang terjejas teruk berikutan di sekitar Lembah Klang yang bermula sejak semalam.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi seperti di Jalan Ipoh dan Sungai Besi mendapati kebanyakan kedai dobi tidak beroperasi manakala kedai cuci kereta terpaksa menggunakan air yang disimpan untuk meneruskan operasi.

Seorang pekerja kedai cuci kereta di Sungai Besi, N. Raja, 25, berkata setakat ini, perniagaan masih beroperasi, namun simpanan air hanya terhad kepada kira-kira 25 kereta.

“Biasanya sehari kami boleh basuh lebih 50 kereta… dengan situasi sekarang, kami terpaksa membasuh kereta dengan berpada-pada kerana kuantiti air terhad,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa khuatir jika simpanan air itu tidak mencukupi bagi menampung operasi sepanjang tempoh gangguan bekalan air yang dijangka berakhir Jumaat ini.

Turut terjejas peniaga kedai runcit di Batu Muda, Jalan Ipoh di sini, Noriza Salleh, 39, yang memaklumkan jualan barangan basah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran merudum sehingga lebih 50 peratus berikutan kekurangan pelanggan.

“Kalau hari biasa, saya boleh dapat lebih RM1,200… bila tiada air macam yang berlaku sekarang hanya dapat dalam RM300.

“Bila tiada air di rumah, orang akan memilih untuk tidak memasak dan sudah tentu mereka takkan beli barang seperti ayam dan ikan,” katanya sambil menjelaskan beliau terpaksa berniaga seperti biasa kerana telah mengikat kontrak dengan pembekal barangan basah.

Gangguan bekalan itu berikutan kerja penyelenggaraan Pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong, Kuala Selangor yang menyebabkan loji-loji rawatan air utama ke kawasan Selangor dan Kuala Lumpur tidak dapat beroperasi.

Ia menjejaskan pengguna di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Kerja senggaraan TNB itu siap dilaksanakan tengah malam tadi mengikut jadual dan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2, dan 3 kini beroperasi sepenuhnya.

Tempoh gangguan pada asalnya dijangka berlaku sehingga malam ambang Krismas namun usaha kini dibuat untuk memendekkan tempoh berkenaan. – BERNAMA

Tags: Cuci KeretaGangguan Bekalan AirKedai DobiTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd