• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Kapasitor Di Dalam Lampu Punca HSA Terbakar

oleh AK-47
23/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Kebakaran pada kapasitor di dalam lampu dikenal pasti sebagai satu daripada punca insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, hujung Oktober lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S.Subramaniam.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima laporan penuh berhubung kebakaran HSA yang menyatakan bahawa satu daripada punca kebakaran adalah disebabkan kapasitor di dalam lampu yang terbakar.

“Di samping itu, mungkin juga ada bahan-bahan senang terbakar yang menyebabkan api merebak dengan cepat,” katanya.

Dr. Subramaniam berkata demikian selepas menyerahkan bekalan peralatan kepada 46 penerima program 1Azam kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Parlimen Segamat, di sini hari ini, yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Beliau berkata kerajaan telah menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji semua laporan oleh pihak bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Suruhanjaya Tenaga bagi menilai semula proses tertentu yang terdapat pada kementerian dan pihak yang diberi tanggungjawab untuk menjaga hospital awam seluruh negara.

Dr. Subramaniam berkata selain membuat kajian mengenai laporan kebakaran HSA, suruhanjaya siasatan tersebut akan memberi pandangan dari segi penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap sistem sedia ada.

“Bangunan HSA ketika ini sedang dalam proses pembaikan dan ia dijangka dibuka semula dalam masa enam bulan lagi,” katanya.

Beliau berkata kajian untuk mengatasi masalah kesesakan pesakit yang menerima rawatan di HSA akan turut dilakukan bagi menjamin keselesaan pesakit pada masa akan datang.

Pada 28 Oktober lepas, kebakaran di HSA dikatakan berlaku dari sebuah bilik rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Kejadian kira-kira 9 pagi itu mengakibatkan enam pesakit maut, tiga kakitangan hospital cedera manakala seorang pesakit berjaya diselamatkan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamhospitalHospital Sultanah AminahkebakaranKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

22/01/2026
0

Jitra: Enam rumah kedai di Kampung Simpang 4 Kerpan, Ayer Hitam di sini musnah dalam kebakaran, hari ini. Komander Operasi...

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd