• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kalau Pemimpin Mereka Semua Akan Disucikan’ – Idris

oleh Ahmad Albab
06/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Yang berucap itu pemimpin PAS, kalau pemimpin mereka ok. Kalau yang mereka suka, buatlah macam mana pun akan di ‘taqdiskan’ (disucikan).”

Demikian sindiran Naib Presiden PAS, Idris Ahmad ke atas penyokong Pakatan Harapan yang berang kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk dalam satu pentas dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Solidariti Untuk Etnik Muslim Rohingya semalam.

Kata beliau, penyokong Pakatan Harapan terbabit dinasihati supaya memahami dengan kaca mata Islam dan bukannya emosi dengan merujuk kepada Al-Quran, Sunnah, Sirah kerana PAS boleh berada satu pentas dengan UMNO demi Islam.

“Apa masalahnya Presiden PAS hadir himpunan solidariti untuk Rohingya. Ada yang kata munafik kepada PAS. Macam-macam lagi gelaran yang digelar. Kamu boleh gelarlah macam-macam gelaran sementara kamu boleh tulis dan kata. Tulis jangan tak tulis. Kata jangan tak kata. Spin jangan tak spin.

“Ada yang tafsir ayat ‘Jangan kamu cenderung dengan kezaliman’. Seolah-olah Abdul Hadi sokong orang zalim. Salah kerana Abdul Hadi duduk sebaris dengan Perdana Menteri nanti akan disambar oleh api neraka. Biarlah orang menilai dengan tulisan mereka. Biarlah orang menilai tafsiran ayat quran mereka. Baru orang tahu tahap ilmu mereka dan dendam kesumat mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Idris seterusnya bertanya kepada penyokong Pakatan Harapan adakah Presiden PAS meminta projek kepada Presiden UMNO dalam ucapannya, adakah beliau membaca ayat Al-Quran yang tidak betul atau adakah Abdul Hadi berucap menyebut fakta yuang tidak betul.

“Adakah salah untuk bekerjasama isu kemanusiaan? Adakah ia salah dari segi agama? Adakah salah Abdul Hadi menggunakan platform himpunan itu membaca ayat Al-Quran di hadapan pemimpin UMNO? Adakah Abdul Hadi minta supaya bangkit menentang syariat Allah,” soalnya lagi. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Idris AhmadPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd