• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Destinasi Pertama Konsert Jelajah Estranged

oleh Ahmad Albab
04/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kumpulan Estranged bakal mengadakan konsert jelajah berjudul Konsert Estranged Sepenuhnya Vol 1 di Kilang Beteri, Johor Bahru sebagai destinasi pertama pada 3 Februari 2017.

Vokalisnya, Rich atau nama sebenarnya Richael Lawrence Gimbang, 34, berkata, ia merupakan kesinambungan selepas siri konsert jelajah kampus yang dilakukan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan.

“Kami memilih Johor sebagai lokasi pertama pada tahun 2017 dan akan tampil dengan revolusi baru dengan muzik yang lebih matang.

“Banyak ilmu muzik yang kami belajar sejak 10 tahun berada dalam industri dan kami akan menemui peminat-peminat kami yang lama dan baru,” ujarnya.

Estranged turut dianggotai oleh Din (gitar) dan Hanafi (gitar).

Dalam pada itu, bercerita tentang konsert berkenaan, Rich berkata, sebanyak 1,500 tiket akan dijual dengan harga RM25.

Persembahan tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi Velvet.

“Kami akan mempersembahkan lagu-lagu hit merangkumi dari album In Hating Memory sehingga Sepenuhnya Vol. 1 termasuk Aurora, Itu Kamu atau Hancur Aku.

“Besar harapan kami agar konsert ini mencapai sukses dan menjadi pemula yang baik untuk Estranged melakukan lebih banyak persembahan dalam skala besar pada masa akan datang,” jelas Estranged mengenai konsert yang menerima tajaan daripada Power Root dan Drum Asia.

Tiket-tiket sudah boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.estrangedtour.com – mStar Online

Tags: EstrangedKonsert
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pilot Kena Serangan Jantung Ketika Kemudi Pesawat

Next Post

Isteri PM Israel Disiasat 12 Jam Berhubung Rasuah & Penipuan

Related Posts

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

14/12/2024
0

BANGKOK: – Tiga maut, manakala sekurang-kurangnya 39 yang lain cedera selepas bom dilemparkan ke arah orang ramai di Pameran Palang...

Next Post

Isteri PM Israel Disiasat 12 Jam Berhubung Rasuah & Penipuan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd