• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johan Hajat Kahwin Lepas Jatuh Hati Pada Teman Artis

oleh Ahmad Albab
03/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Johan As’ari meluahkan hasrat agar Allah mempercepatkan jodohnya sempena usianya yang mencecah angka 30 tahun pada Sabtu.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari, 30, berkata, dia kini sedang mengenal hati budi seorang pelakon wanita namun belum bersedia berkongsi kepada umum atas dasar menghormati kenalannya itu.

“Sudah mencecah usia 30 tahun, selain mengharapkan kualiti pada kerjaya seni lakonan saya, jauh di sudut hati saya mohon dipercepatkan bertemu jodoh sebenar.

“Jujurnya, saya sekarang dalam proses mengenali hati budi seorang pelakon namun antara kami tidak pernah meluahkan perasaan biarpun menyedari ada keserasian,” katanya kepada mStar Online.

Johan Hajat Kahwin Lepas Jatuh Hati Pada Teman Artis
Johan As’ari bersama sebahagian daripada ahli-ahli kelab peminat meraikan sambutan ulang tahun ke-30 hari lahirnya. – Foto Art Chen.

Johan ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 30 di Cabana Avenue, Kota Damansara, di Petaling Jaya, Selangor, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sehari awal berbanding ulang tahun kelahiran sebenarnya pada Sabtu.

Sementara itu kata pelakon siri Juvana ini lagi, perkenalan selama dua tahun bersama aktres itu telah membuka pintu hatinya untuk ke peringkat seterusnya kerana tertarik dengan sifat dia yang sederhana.

“Apa yang boleh saya katakan, dia sangat bersederhana dan tidak suka menonjolkan diri ketika berada di khalayak dan perkara itu membuatkan saya tertarik kepadanya.

“Pun begitu saya tidak mahu terlalu berharap kerana perkenalan kami belum sampai ke tahap yang serius dan saya pula seorang yang pemalu untuk berterus-terang dan itu yang lebih menjadi masalah sebenarnya,” katanya.

Ditanya kenapa dia selesa memilih pelakon sebagai calon isteri dan tidak pada orang biasa, kata Johan kebanyakan wanita di luar industri hiburan malu mendampinginya atas dasar dia seorang pelakon dan perkara itu mewujudkan jurang kemesraan.

“Saya ni pemalu, jadi bila orang malu dengan saya, habislah,” ujarnya seloroh.

Berbeza dengan pelakon, kata Johan setidak-tidaknya wanita tersebut faham bidang tugasnya sebagai orang seni yang banyak berhabis masa di set penggambaran.

Pun begitu kata Johan, dia tidak menolak seandainya Allah takdirkan jodohnya di kalangan orang dan bukannya artis.

Mengenai lakonannya, Johan kini sedang menanti tayangan filem terbaharunya berjudul Bo Peng yang akan ditayangkan di pawagam pada 22 Disember depan.

Sementara itu mengenai majlis kejutan hari lahirnya, Johan berkata ia adalah tahu ketiga dia diraikan oleh kelab peminatnya.

Majlis bertemakan pink dan hitam itu turut dihadiri beberapa rakan selebriti lain antaranya pelakon Amar Asyraf dan atlet paralimpik Ziyad Zolkefli.

Mengenakan kemeja putih dan berseluar hitam, Johan dilihat ceria meraikan peminat-peminatnya.

Sebanyak 27 pihak terlibat sebagai penaja majlis itu. – mStar Online

Tags: johan As'aripelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd