• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jarak 6KM Tapi Tambang Teksi RM800

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kerana pentingkan keuntungan, seorang pemandu teksi tergamak menipu dua pelancong dari Perancis dengan mengenakan bayaran tambang sebanyak RM800 untuk jarak perjalanan 6 kilometer.

Dalam kejadian Sabtu lalu, dua pelancong wanita itu dilaporkan menaiki sebuah teksi di KLCC untuk ke Masjid Negara namun ‘dilencongkan’ ke Putrajaya sebelum ditinggalkan di destinasi yang dikehendaki mereka.

Pemandu teksi berkenaan tidak menggunakan meter tambang dan mengenakan bayaran yang tidak masuk akal.

Gara-gara bimbang dan takut, kedua-dua pelancong asing itu membayar tambang berkenaan walaupun menyedari mereka telah ditipu.

Salah seorang pelancong yang hanya mahu dikenali sebagai Sarah berkata, mereka membuat laporan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), di Pudu, Ahad lalu.

SPAD dalam satu kenyataan menjelaskan maklumat mengenai teksi seperti nombor pendaftaran dan gambar pemandu telah diperolehi dan pihaknya akan mengesan pemandu teksi tersebut.

Menurutnya, tindakan pemandu teksi tersebut dianggap biadap dan telah mencemarkan nama baik Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes tipuPelancongTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd