• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Samakan BR1M Dengan Rasuah – MCA

oleh Ahmad Albab
29/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – MCA membidas pihak yang menyamakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan rasuah, kerana tindakan itu hanya memperkecilkan golongan berpendapatan rendah.

Bendahari Agung Pemuda MCA Michael Lee mempersoalkan mengapa wakil rakyat pembangkang tidak bersetuju dengan bayaran BR1M sedangkan pusat perkhidmatan mereka turut membantu orang ramai mengisi borang BR1M.

“Jelas sekali, mereka bersetuju dengan dasar BR1M oleh Barisan Nasional untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah. Atau adakah pembangkang juga mengisi borang rasuah BN ini untuk orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Pada Ahad, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dilaporkan berkata BR1M adalah satu bentuk rasuah dan oleh itu, pemberiannya dianggap menyalahi undang-undang.

Lee juga menegaskan bahawa PPBM, yang diasaskan oleh Dr Mahathir juga mempunyai pautan ‘BR1M’ sendiri pada halaman utamanya bertajuk yang berbunyi ‘sesiapa yang mahu mendapatkan bantuan kewangan, sila hubungi kami’.

“Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia mempunyai bentuk skim bantuan kewangan untuk rakyat yang dilanda masalah kewangan, sama ada dari segi skim makanan, skim pencen atau bayaran tunai secara langsung yang dimasukkan ke dalam akaun bank mereka.

“BR1M membantu kuasa beli penerima. Tahun ini, seramai 7,280,340 pemohon telah diluluskan untuk menerima BR1M dan Selangor mempunyai bilangan tertinggi yang mendapat manfaat dengan jumlah 1,017,403,” katanya. – mStar Online

Tags: BR1MMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd