• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Rohingya, Bukan Campur Tangan Tapi Soal Kemanusiaan

oleh Ahmad Albab
04/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembelaan terhadap etnik Rohingya yang dizalimi di Myanmar bukan soal campur tangan Malaysia di negara itu, sebaliknya ia adalah atas dasar kemanusiaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri menegaskan bahawa sikap mengambil berat itu adalah atas dasar sikap kepedulian universalisme yang ditunjukkan oleh pemimpin dan rakyat Malaysia.

“Kita mahu masyarakat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mahkamah Jenayah mengambil tindakan terhadap tentera di Myanmar.

“Kita merasakan bahawa rakan-rakan kita (Rohingya) harus dibela (bukan sahaja) oleh kita, tetapi juga oleh masyarakat antarabangsa keseluruhannya,” katanya ketika berucap pada ‘Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya’ di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Isu Rohingya, Bukan Campur Tangan Tapi Soal Kemanusiaan

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin-pemimpin politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mempersoalkan peranan pemimpin Myanmar yang telah menerima anugerah keamanan tetapi masih berlaku penindasan dan kezaliman terhadap etnik Rohingya.

“Kita mahu bertanya kepada pemimpin yang berada di negeri itu (Myanmar), yang menerima anugerah yang tertinggi dari segi keamanan, apa yang dilakukan di negeri itu untuk mewujudkan keamanan?” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perjuangan dan pembelaan terhadap kesengsaraan etnik Rohingya sentiasa berterusan dan tidak akan terhenti.

“Ini bukan hari pertama dan bukan hari terakhir, kita rakyat Malaysia akan bangkit untuk perjuangkan nasib etnik Rohingya,” katanya. – BERNAMA

Tags: RohingyaZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd