• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hussain Bakal Angkasawan Muslim Pertama Britain

oleh AK-47
26/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELUANG terbang ke angkasa lepas semestinya mimpi kebanyakan orang, namun bagi lelaki yang bakal menjadi angkasawan Muslim pertama Britain ini, niatnya cuma satu: menabur bakti kepada masyarakat.

Hussain Manawer daripada Ilford, Essex, dijadualkan berlepas pada tahun 2018 selepas mengalahkan ribuan peserta daripada 90 buah negara dalam satu pertandingan.

Penyajak, penyelia dana amal dan pemilik agensi kreatif itu mendedikasikan kemenangannya kepada mereka yang menghidap penyakit mental dan mengatakan bahawa dia ada misi penting dalam hidup untuk direalisasikan.

“Terbang ke angkasa lepas bukanlah sebahagian daripada cita-cita saya, namun saya merasakan seperti saya belum memberikan sumbangan kepada dunia.

“Pada satu masa saya rasakan manusia telah terlalu banyak mendatangkan kehancuran dalam pelbagai bentuk dan cara kepada dunia.

“Apabila saya tersedar akan pertandingan tersebut, saya terfikir: saya mesti hadir mengambil bahagian dan lihat apa yang bakal berlaku.

“Seseorang itu harus menjadi popular untuk diambil secara serius dan mencetuskan impak kepada orang lain pula,” kata Hussain lagi.

3500

Dalam video pitchingnya, Hussain mengenengahkan isu kesihatan mental dengan baca sajak tentang tekanan perasaan dan cedera diri sendiri, sambil rintih,“Saya memang tak ditakdirkan untuk berada di Bumi ini.”

Pada Mac depan, beliau akan cuba untuk memecahkan rekod dunia dalam penyertaan peserta terbesar dalam kelas tentang kesihatan mental bagi 1,000 orang pelajar daripada 30 buah sekolah, di Hackney Empire di London.

Hussain juga ada saluran YouTube kepunyaannya sendiri bernama Hussain’s House yang telah menemu bual ramai personaliti popular seperti pelawak Kevin Hart, penyanyi rap G-Eazy dan DJ radio Charlamagne.

Katanya, beliau melihat pertandingan untuk diterbangkan 100 kilometer melepasi atmosfera dalam kapal angkasa Lynx milik XCOR Aerospace itu sebagai cara untuk membawa kempennya ke tahap yang lain.

Pertandingan itu telah diadakan dengan kerjasama One Young World, sebuah platform untuk belia 18 hingga 30 tahun yang disokong oleh individu ternama seperti bekas setiausaha agung PBB, Kofi Annan.

Di samping itu, Hussain, 25, juga menjadi wakil kepada komuniti Muslim pada masa terdapat kepincangan dalam kefahaman tentang ajaran Islam.

Bahkan, dalam ucapan kemenangannya, Hussain telah mengumumkan:“Nama saya Hussain, dan saya bukan seorang pengganas”, meminjam bait dialog daripada filem Bollywood, My Name Is Khan.- MYNEWSHUB.CC

 

Tags: angkasawanMuslimUnited Kingdom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd