• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Lahad Datu Perlukan Lebih Ramai Pakar Perubatan

oleh Ahmad Albab
29/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Lembaga Pelawat Hospital Lahad Datu mahu Kementerian Kesihatan menempatkan pakar perubatan yang mencukupi di hospital daerah itu bagi memastikan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan kepada penduduk setempat bertaraf tinggi.

Pengerusinya, Tan Cheng Teng berkata saranan itu seiring dengan keperluan Hospital Lahad Datu yang sentiasa bersiap siaga berhadapan dengan pelbagai potensi kecemasan termasuk gempa bumi serta risiko ancaman keselamatan.

“Jabatan yang kritikal memerlukan pakar perubatan adalah jabatan Pembedahan dan Paediatrik,  selain itu jabatan Psikiatri, Oftamologi dan Otorinolaringologi (ENT) juga memerlukan pakar untuk meningkatkan perkhidmatan di hospital berkenaan.

“Lebih baik sekiranya sekurang-kurangnya dua pegawai pakar ditempatkan di setiap jabatan atau unit,” katanya dalam sidang akhbar di sini, malam tadi.

Ketika ini, terdapat 10 pakar perubatan di hospital kerajaan itu termasuk di jabatan Ortopedik serta Radiologi.

Tan berkata kekurangan pakar perubatan di hospital itu juga menimbulkan kebimbangan penduduk kerana sekiranya berlaku kecemasan, pesakit terpaksa dihantar dan dirawat di hospital di luar kawasan yang jauh.

“Ketiadaan pakar di jabatan dan unit ini menyukarkan pesakit kerana apabila mereka perlu mendapatkan rawatan pakar atau kecemasan mereka perlu dihantar ke Kota Kinabalu, Tawau atau Sandakan,” katanya.

Sementara itu, Tan juga mahu agar sistem keselamatan hospital daerah itu diperkukuhkan bagi memastikan keselamatan pesakit terjamin dengan menaik taraf kelengkapan keselamatan.

“Kamera litar tertutup perlu untuk membantu pihak hospital dalam kawalan keselamatan di sekitar hospital daripada aktiviti pencerobohan atau kecurian,” katanya. – BERNAMA

Tags: hospitallahad datu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

04/03/2026
0

AL-FATIHAH... Tidak pernah dilupakan detik hitam yang menguji kedaulatan negara apabila pencerobohan bersenjata berlaku di Lahad Datu, Sabah. Peristiwa pada...

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd