• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Bahasa Arab Sedunia 2016 Disambut Meriah

oleh
19/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Hari Bahasa Arab Sedunia (WALD 2016) disambut meriah di sini bermula 16 hingga 18 Disember lalu dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan bercerita, persembahan teater dan pertandingan deklamasi syair dalam bahasa Arab.

Program anjuran Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Hari Bahasa Arab sedunia disambut pada setiap 18 Disember bersempena pemilihan bahasa itu oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu daripada bahasa rasmi pertubuhan dunia itu.

Pengarah ISESCO Malaysia, Dr. Abdul Razif Zaini berkata program ini diharap dapat menjadi platform bagi meningkatkan penguasaan bahasa Arab.

“Program ini mendapat sambutan hangat khususnya di kalangan pelajar jurusan bahasa Arab seluruh Malaysia,” kata beliau ketika ditemui Bernama selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan video pendek anjuran ISESCO Malaysia di sini, semalam.

Timbalan Rektor KUIS, Dr. Mohamad Syukri Abdul Rahman berkata program WALD 2016 ini sangat menarik dan mampu memberi semangat serta motivasi kepada pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dengan lebih mendalam.

“Saya rasa program ini perlu kita uar-uarkan kerana bahasa Arab sendiri mempunyai kedudukan yang hebat, bukan hanya sekadar bahasa sampingan tetapi ia merupakan bahasa yang mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi agama, selain merupakan bahasa al-Quran dan bahasa pertuturan Rasullah SAW,” katanya.

Sementara itu, Ketua Sektor Pembangunan Profesionalisme dan Penyelidikan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia Shamsul Shah Tarja berharap agar sambutan itu dapat diperluas dengan penyertaan lebih banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi.

“Harapan saya supaya pelajar di Malaysia menyedari bahawa bahasa Arab itu bukan hanya boleh dipelajari oleh pelajar Muslim sahaja tetapi juga boleh dipelajari oleh bukan Muslim, kerana ia adalah bahasa komunikasi antarabangsa yang juga boleh digunakan bagi tujuan perniagaan atau pelancongan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bahasa ArabISESCOKUISWALD 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Man Jadda Wajada”

23/09/2021
0

MAN JADDA WAJADA berasal dari Bahasa Arab مَنْ جَدَّ وَجَدَ yang kalau diertikan adalah siapa yang bersungguh maka ia akan...

Polis Rakam Keterangan Pihak Terlibat Negaraku Versi Arab

11/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti lokasi klip video tular yang memaparkan lagu kebangsaan dinyanyikan dalam bahasa Arab. Pengarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd