• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gunung Baling Dicemari Sampah Sarap Ditinggalkan Pendaki

oleh Ahmad Albab
29/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Keindahan Gunung Baling kini semakin hilang seri akibat pencemaran daripada tindakan tidak bertanggungjawab pendaki yang suka meninggalkan sampah di gunung berkenaan.

Lebih menyedihkan apabila gunung berketinggian 420 meter yang semakin dikenali sejak penghujung 2014 itu kerana muka bumi dan alam semulajadi yang indah serta laluannya yang mencabar, turut dicemari dengan contengan pada dinding batu besar yang terdapat pada laluan pendakian.

Muhamad Syamil Zahruddin, 14, yang tinggal berhampiran kawasan itu berkata, sampah yang ditinggalkan menyebabkan dia dan penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif mengutipnya secara sukarela.

“Setiap minggu akan ada penduduk kampung atau pendaki bertanggungjawab mengutip dan membawa turun sampah yang ditinggalkan pendaki.

“Kadang-kala ada kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) atau sukarelawan yang mendaki sambil membersihkan laluan pendakian,” katanya.

Seorang pendaki daripada kelab Qabat Gunung dan Penjejak Gunung, Mohd Jasni Omar, 40, berkata kurangnya kesedaran golongan pendaki mengenai pentingnya menjaga alam sekitar membuatkan persekitaran gunung semakin tercemar.

“Tak perlu tunggu pihak berkuasa meletakkan papan tanda memberi peringatan menjaga kebersihan kerana itu tanggungjawab dan kesedaran yang patut ada dalam diri pendaki sendiri.

“Laluan ke puncak gunung ini sangat menarik, dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti tali pemegang di laluan dan lampu panduan yang mana saya percaya seharusnya mampu menarik ramai golongan penakluk gunung untuk datang ke sini,” katanya. – BERNAMA

Tags: pendaki gunungSampah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2017: Jangan Masuk Jel Lagi Kawan

Next Post

Melampau..Iklan Ubat Kuat Gergasi Cemari Lebuh Raya

Related Posts

Dua Pendaki Gunung Kinabalu Terjatuh Ketika Paragliding

30/11/2021
0

RANAU - Dua lelaki cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu di sini pada Selasa. Dalam kejadian...

Isu Melayu Sampah: Jangan Jadi Dalang Cetus Kontroversi

19/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pengurusan kilang dan industri di negara ini menjaga sensitiviti kaum. Naib...

Next Post

Melampau..Iklan Ubat Kuat Gergasi Cemari Lebuh Raya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd