• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Pemain Bola Perlu Realistik – Khairy

oleh Ahmad Albab
21/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gaji pemain bola sepak Liga Malaysia perlu realistik bagi mengurangkan bebanan persatuan bola sepak negeri atau kelab yang bertanding.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan persatuan dan kelab bola sepak perlu beroperasi mengikut kemampuan kewangan masing-masing atau mencari penaja luar untuk membantu meringankan bebanan tanggungan pasukan.

“Tidak perlulah khidmat pemain yang boleh dikatakan bergaji besar atau pemain import bergaji besar sebaliknya menggunakan pemain-pemain muda pelapis sedia ada untuk mengurangkan bajet,” katanya kepada pemberita selepas memberikan amanat kepada Kontinjen Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN di Hotel Renaisance di sini.

Hotel berkenaan bakal menjadi penginapan rasmi kontinjen Malaysia semasa Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017.

Selepas Kelantan dan Perlis, terbaharu Selangor yang merupakan pasukan gergasi yang pernah menjuarai 33 kali Piala Malaysia dikatakan akan menarik diri daripada Liga-M berikutan kemelut kewangan yang melanda Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Mengulas isu itu, Khairy berpendapat sesebuah negeri tidak perlu mempunyai dua pasukan sebaliknya pihak terbabit bekerjasama memperkasakan satu pasukan sahaja kerana ia akan menjimatkan perbelanjaan.

“Sebenarnya dalam kes Selangor ini, ada jalan keluar iaitu tidak perlu penyertaan dua pasukan. PKNS adalah agensi kerajaan negeri dan sepatutnya mereka menaja pasukan negeri.

“Oleh kerana tiada usaha untuk menggabungkan dua pasukan akhirnya, kemungkinan pasukan Selangor tidak akan beraksi dalam Liga-M. Kita kena buang ego,” katanya.

Khairy berkata isu kewangan pasukan Liga-M sudah sampai ke tahap yang kritikal kerana kebanyakan pasukan bergantung dana daripada kerajaan negeri masing-masing.

Beliau mengakui menguruskan sesebuah pasukan pada masa ini memerlukan dana yang cukup besar khususnya dalam penswastaan liga.

“Berbeza ketika saya kendalikan pasukan My Team, bajet hanya RM3-RM4 juta sahaja bagi menguruskan pasukan, sekarang ini bajet tersebut tidak mampu membayar gaji pemain,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddinpemain bola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd