• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fathia ‘Bengang’ Pramugari Enggan Bantu Angkat Beg

oleh AK-47
06/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA kesal dengan sikap pramugari MAS yang enggan membantunya mengangkat beg masuk ke dalam kompartmen di atas kerusi penumpang, pelakon Fathia Latiff memuat naik wajah pramugari tersebut di laman Twitter baru-baru ini.

Dalam gambar tersebut, Fathia menulis kapsyen ‘mintak tolong angkatkan beg but this stewardess cakap ada back ache! Get some rest la tak payah kerja kalau ada back ache. Kudos @masMalaysia’.

Fathia 'Bengang' Pramugari Enggan Bantu Angkat Beg

Pelakon drama Ariana Rose ini mendakwa pramugrari tersebut bukan sahaja tidak mahu membantu atas alasan sakit belakang tetapi juga meninggikan suara dan membuat mimik muka.

“Dia (pramugari) tidak perlu biadap dan meninggikan suara dan membuat mimik muka. Tidak kisah di mana anda duduk. Kelas ekonomi atau bisnes. Etika adalah etika,” tulisnya.

Fathia 'Bengang' Pramugari Enggan Bantu Angkat Beg

Jelasnya, dia tidak mengarahkan tetapi hanya meminta tolong pramugari tersebut untuk mengangkat begnya ke kompartmen simpanan beg.

Namun, perkongsian Fathia mendapat kecaman daripada netizen yang menganggap tindakannya agak kurang bijak.

Ada juga netizen yang memberi pandangan mengenai perkara tersebut dapat dielakkan sekiranya pramugari tersebut terus membantu Fathia daripada memberi alasan sakit.

Namun ada juga netizen lain menerangkan bahawa pembantu penerbangan tidak dituntut untuk mengangkat beg penumpang, sebaliknya ia adalah tanggungjawab penumpang sendiri, seperti yang tercatat pada Maklumat Keselamatan dan Perkhidmatan di dalam majalah dalam penerbangan.

Susulan ‘kekecohan’ di antara netizen dengan perkongsian Fathia itu, pelakon Plan Cinta Tak Jadi itu kemudian memadam status kontroversi tersebut.

Sebelum ini, penyanyi Ainan Tasneem pernah menjadi viral kerana mengecam seorang pramugara yang enggan mengangkat beg sepupunya naik ke kompartmen dalam kabin pesawat Malaysia Airlines ketika pulang dari bercuti di Thailand melalui akaun Instagramnya.

Ainan telah dikecam netizen yang menganggap dia bertindak melulu kerana memviralkan perkara itu tanpa mengetahui bahawa mengangkat beg penumpang dalam kabin tidak termasuk dalam skop kerja pembantu penerbangan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fathia LatiffMASpelakonPramugariselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd