• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beradik Cedera Ditetak Semasa Bantu Jiran Disamun

oleh AK-47
29/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Dua beradik cedera ditetak semasa membantu jiran mereka yang dirompak enam suspek bersenjatakan parang di Jengka 11 di sini, awal pagi ini.

Pada kejadian kira-kira 4 pagi itu, Fauzi Dollah, 42, dan adiknya Kamaruzzaman, 26, cuba membantu selepas menyedari kehadiran sekumpulan individu yang cuba memotong dan membuka tingkap rumah jiran mereka.

Kamaruzzaman berkata abangnya sempat menghubungi polis sebelum mereka berdua menunggu di belakang rumah mangsa Husin Misban, 70, dengan niat mahu menghalang perompak itu melarikan diri.

“Kami dengar mereka seperti bergegas untuk keluar dan sebaik sahaja pintu dibuka, mereka merempuh abang. Abang dapat menangkap seorang daripada mereka dan dia minta ampun dan rayu dilepaskan.

“Bagaimanapun, dua daripada perompak itu kemudiannya berpatah balik untuk menyelamatkan rakan mereka dan menyerang abang. Keadaan begitu pantas dan kemudiannya kami dengar polis melepaskan tiga das tembakan ke udara,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kamaruzzaman berkata dia cedera di tangan dan menerima lima jahitan manakala abangnya dikejarkan ke Hospital Temerloh akibat ditetak di kepala dan kakak iparnya Salasiah Ahmad, 41, memaklumkan Fauzi perlu menjalani pembedahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran DSP Mat Rizal Mat Radzi berkata keluarga mangsa rompakan itu mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM30,000 selepas disamun lima telefon bimbit, barangan kemas dan wang tunai RM1,500.

“Gerakan mencari suspek sedang dilakukan dan mereka dipercayai melarikan diri menerusi laluan belakang rumah yang menghala ke arah ladang kelapa sawit,” katanya.

Beliau mengesahkan dua beradik yang merupakan jiran mangsa itu mengalami kecederaan di muka, kepala, bahu dan tangan akibat ditetak perompak.

Katanya semasa kejadian, mangsa berada di rumah bersama-sama isteri, dua orang cucu berusia tiga tahun dan setahun serta seorang pengasuh berumur 22 tahun, namun mereka tidak mengalami kecederaan. – BERNAMA

Tags: cederaditetakJenayahsamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd