• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daesh: Penghantar Surat Didakwa Bagi 2 Tuduhan

oleh Ahmad Albab
28/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas dua pertuduhan berhubung kumpulan pangganas Daesh.

Fazar Nor Md Reduan, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman selepas kes itu disebut hari ini.

Dia didakwa memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas melibatkan penggunaan bahan letupan dan perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi.

Perbuatan itu juga dianggap untuk mengugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram di dalam telefon bimbit miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit rumah Blok 11, AU 3/1, Ulu Kelang, di sini di antara April dan 28 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan, yang memperuntuk hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah diguna pakai atau diniat untuk kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Fazar Nor didakwa memiliki lima keping gambar dan lapan video berunsurkan perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas IS di hadapan Liberty Insurans Berhad Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, di sini, pada 1.20 petang, 28 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntuk hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau boleh dilucut hak mana-mana barangan tersebut, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Jan untuk sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Daeshmahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ancaman Bom Di Kompleks Mahkamah Kota Bharu

Next Post

PAN Tunjuk Sikap Sebenar Mereka Hadapi PRU – PAS

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

29/11/2024
0

TAWAU - Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini...

Next Post

PAN Tunjuk Sikap Sebenar Mereka Hadapi PRU - PAS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd