• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coklat Daim Dan Toblerone Selamat Dimakan Orang Islam

oleh AK-47
26/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluar coklat jenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, menegaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan coklat berkenaan adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam.

Syarikat itu dalam kenyataannya hari ini berkata walaupun produk itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan Halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga mengeluarkan penjelasan bahawa produk makanan yang bukan pemegang sijil Halal tidak boleh dianggap tidak halal atau haram,” kata syarikat itu.

Mondelez International menyatakan semua maklumat mengenai bahan-bahan untuk menghasilkan coklat Toblerone dan Daim tertera pada pek bungkusan dan pengguna dinasihatkan merujuk kepada pek berkenaan.

Syarikat itu juga menyatakan bahawa ia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh pasaran tempatan termasuk Jakim untuk memastikan produknya memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.

Pada Jumaat lepas, JAKIM mengesahkan kedua-dua jenama coklat popular itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak memperoleh sijil Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf jabatan itu. – BERNAMA

Tags: coklatMondelez International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Coklat Klasik Rusia Ada Darah Lembu

04/03/2022
0

MOSCOW – Coklat bernutrisi yang terkenal dari era Kesatuan Soviet iaitu Hematogen atau Gematogen dilaporkan mengandungi lima peratus protein darah...

12 Tan Coklat Beku Limpah Lebuh Raya

13/05/2018
0

WARSAW - Sebuah trak membawa 12 tan cecair coklat dilaporkan terbalik di lebuh raya di Poland, menyebabkan lalu lintas terhalang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd