• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cara ‘Ajar’ Pemandu Tidak Bertimbang Rasa

oleh Ahmad Albab
20/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang tukang cuci di timur China menjadi popular selepas video menunjukkan dia menggunakan puluhan tong sampah untuk mengepung sebuah kereta yang diletakkan di tempat tidak sepatutnya tular di Internet.

Rakaman sepanjang 40 saat itu menunjukkan tukang cuci warga emas itu mengepung kereta berkenaan dengan tong sampah dipenuhi bahan buangan yang diletakkan satu persatu di sekeliling kenderaan berkenaan di wilayah Anhui.

Portal berita Ahwang.cn melaporkan tukang cuci yang tidak didedahkan namanya itu berang kerana kereta terbabit menghalang pintu masuk ke tempat pelupusan sampah tempat dia bekerja.

“Dia tidak boleh meninggalkan keretanya di sini. Ia menghalang laluan kecemasan.

“Perbuatannya menyusahkan saya bekerja dan saya tidak boleh pulang selagi kerja tidak siap, tetapi bagaimana jika keretanya terus ditinggalkan di sini?” katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat menghubungi pemandu terbabit dan kereta itu ditinggalkan untuk beberapa jam menyebabkan dia hilang sabar dan mahu ‘mengajar’ pemiliknya.

Ramai pengguna Internet memuji tindakannya.

Masalah seperti itu sering berlaku di China sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan semakin ramai orang memiliki kereta tetapi tempat parkir tidak mencukupi.

Pada Jun lalu, di Wuhan, wilayah Hubei, sebuah kereta dikepung menggunakan kon lalu lintas selepas pemandunya tidak mengendahkan amaran supaya tidak meletakkan kenderaannya di laluan kecemasan.

Dalam kejadian sama di Qingdao, wilayah Shandong, tukang cuci di sebuah bangunan kediaman mengepung sebuah kereta menggunakan tong sampah kerana diletakkan di dalam kawasan pelupusan sampah. – Agensi/myMetro Online

Tags: ChinaSampahTukang Cuci
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tidak Jangka Menang, Faizal Tahir Balik Awal

Next Post

Anak Lembu Kembar Siam Mati Di Australia

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Next Post

Anak Lembu Kembar Siam Mati Di Australia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd