• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Birmingham Pertimbang Rombak Skuad Hadapi Sukan SEA 2017

oleh AK-47
26/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih renang negara, Paul Birmingham bakal melakukan rombakan kecil dalam barisan atletnya bagi menghadapi Sukan SEA 2017 di sini.

Tanpa mendedahkan barisan perenangnya, jurulatih berasal dari Australia itu berkata beliau akan mengekalkan beberapa pemenang pingat Sukan SEA 2015 selain memberi peluang kepada perenang muda yang berpotensi untuk membuktikan kemampuan mereka.

“Ketika kita memberi fokus kepada Sukan SEA 2017, saya juga menumpukan kepada program Sukan Asia 2018 (di Jakarta) dengan tumpuan kepada beberapa perenang muda.

“Sukan SEA adalah antara kejohanan utama dan ia juga satu langkah sebelum meneruskan program menghadapi Sukan Asia,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

“Kita juga akan membawa beberapa perenang ke Victoria, Australia untuk menyertai pertandingan pada Januari bagi memastikan mereka kekal cergas dan kompetitif,” kata Birmingham.

Menurutnya, kejayaan yang ditunjukkan perenang yang layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil, Ogos lepas adalah hasil penyertaan dalam pelbagai kejohanan tempatan dan antarabangsa.

Sebagai rekod, dua perenang negara, Welson Sim dan Phee Jinq En, layak secara merit ke Sukan Olimpik tetapi gagal melakukan sebarang impak di temasya sukan empat tahun sekali itu.

Birmingham berkata skuad negara akan menyertai beberapa pertandingan termasuk Kejohanan Peringkat Umur Nasional Singapura (14-19 Mac 2017) dan Kejohanan Terbuka Malaysia pada pertemgahan tahun sebagai antara persiapan menghadapi Sukan SEA.

Pada Sukan SEA 2015 di Singapura, skuad negara meraih tiga pingat emas, empat perak dan empat gangsa. – BERNAMA

Tags: Paul BirminghamRenangSukan SEA 2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

APM Tangkap Ular Sawa Seberat 10 Kg Di Pontian

Next Post

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat 101 Orang Petang Ini

Related Posts

Laporan Audit: Sukan SEA 2017 Lemah Pengurusan Perolehan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Penganjuran Temasya Kuala Lumpur 2017 secara keseluruhannya dilaksanakan dengan cemerlang, namun terdapat beberapa kelemahan berkaitan perancangan dan...

Kizierowski Buat ‘U-turn’ Batal Latih Atlet Renang

29/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketika Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sudah berkira-kira hari menyambut ketibaan jurulatih baharu, badan induk itu terpaksa...

Next Post

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat 101 Orang Petang Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd