• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pemain JDT Zaquan Adha Sertai Pasukan Bos Gaurus

oleh AK-47
21/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Bekas Penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan menyertai pasukan Perak bagi mengharungi Liga Malaysia musim 2017.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata anak kelahiran Negeri Sembilan berusia 29 tahun itu telah menandatangani kontrak dengan pasukan The Bos Gaurus.

“Kita akan meletakkan Zaquan di posisi penyerang berikutan pengalamannya ketika menyertai pasukan JDT sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Kongres Tahunan PAFA ke-58 di sini hari ini.

Zaquan Adha mula menempa nama ketika menyertai pasukan Negeri Sembilan sebelum bersama JDT II pada 2014.

Menurutnya, The Bos Gaurus juga mendapatkan khidmat 13 lagi muka baharu antaranya Mohd Nazrin Mohd Nawi (JDT), Jaszrin Jamaluddin (JDT), Mohd Shahrom Abdul Kalam (Selangor), Mohd Hafiz Kamal (Selangor) dan Idris Ahmad (Felda United).

Beliau berkata Perak juga sudah mengikat dua awang import baharu iaitu pemain Bulgaria, Vladislav Mitkov Mirchev dan pemain Palestin kelahiran Chile, Yashir Pinto Islame.

“Perak akan mendapatkan seorang lagi pemain import dan nama itu dijangka diumumkan hujung tahun ini,” katanya.

Abdul Puhat berkata mengikut senarai nama ini, beliau meletakkan harapan tinggi untuk mengekalkan prestasi pasukan itu bagi mencapai sasaran Perak dalam saingan Liga Malaysia 2017. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Puhat Mat NayanZaquan Adha
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Lelaki Dilepas Tanpa Bebas Tuduhan Sokong Daesh

Next Post

Zahid Dukacita Kejadian Pesawat TUDM Terhempas

Related Posts

Zaquan Adha Sah Milik Skuad Lang Merah

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus berhubung destinasi kapten skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Radzak akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai...

Esok Kita Tunjuk Dalam Padang

05/12/2018
0

BANGKOK - "Esok kami tunjuk dalam padang!" Itu reaksi balas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Radzak selepas penjaga gol...

Next Post

Zahid Dukacita Kejadian Pesawat TUDM Terhempas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd