• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air 72 Peratus Di Zon 1 Hampir Pulih

oleh AK-47
21/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan zon 1 yang terganggu akibat kerja penyelenggaraan pencawang masuk utama Bukit Badong, Hulu Selangor berada pada tahap 72 peratus sehingga 4 petang hari ini.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), pemulihan secara berjadual itu bermula 9 pagi, setelah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 beroperasi semula sepenuhnya tengah malam tadi.

Status pemulihan di kawasan zon 1 adalah 70 peratus di Kuala Lumpur, Petaling (78 peratus), Gombak (91 peratus), Klang (14 peratus), Kuala Langat (91 peratus) dan 80 peratus di Kuala Selangor.

“Segala usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan air ke kawasan-kawasan di Zon 1 yang belum pulih sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

Penghantaran bantuan bekalan air melalui lori tangki air ke kawasan yang terjejas di zon 1 juga sedang dilaksanakan.

Bagaimanapun, pengguna yang masih belum mendapat bekalan air boleh memohon bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip: TANKER <jarak> Nama & Alamat.

Menurut kenyataan itu, pengguna dinasihat menggunakan air secara berhemat untuk mempercepatkan pemulihan bekalan air di semua kawasan terlibat. – BERNAMA

Tags: Gangguan Bekalan AirSyabasTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd