• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangunan Tiba-Tiba Bergegar Sebelum Runtuh – Saksi

oleh Ahmad Albab
01/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saksi runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar petang Rabu, memberitahu kawasan tapak pembinaan itu secara tiba-tiba bergegar dan bergoyang sebelum struktur itu runtuh.

Seorang pekerja warga Vietnam dikenali sebagai Atang, 39, berkata keadaan itu menyebabkan pekerja bertempiaran lari menyelamatkan diri, termasuk beliau.

Katanya ketika kejadian beliau dan beberapa rakan sekerja sedang membuat pemasangan cermin di bangunan itu.

“Ia berlaku terlalu pantas dan memang menakutkan. Saya rasa bangunan ini bergoyang dan laluan pejalan kaki itu secara tiba-tiba terbalik dan satu persatu konkrit jatuh.

“Memang bunyi agak kuat, dan kami semua terkejut dan melarikan diri ke tempat selamat. Nasib baik ketika kejadian ramai pekerja tiada kerana mereka sedang berehat,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Atang berkata sejurus selepas kejadian, beliau nampak beberapa rakannya keluar dari timbunan runtuhan dan ada di antaranya cedera.

Sementara itu, seorang pekerja warga Bangladesh yang dikenali sebagai Abdullah berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi dentuman yang agak kuat.

“Saya dan beberapa rakan lain pergi ke arah bunyi itu dan melihat rakan-rakan keluar dari runtuhan.

“Keadaan memang kel am kabut dan saya bernasib baik tidak berada di kawasan pembinaan itu kerana sedang berehat,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu.

Sharul berkata mangsa yang cedera, terdiri daripada pekerja kontrak warga Bangladesh dan Vietnam, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang mengesan seorang lagi mangsa warga Bangladesh yang dipercayai masih tertimbus dalam runtuhan itu. – BERNAMA

Tags: Bangunanjambatansaksi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak Mangsa Dera Diberi Rawatan Psikiatri

Next Post

Muzik Video ‘Demi Cinta’ Pengajaran Bahaya Dadah

Related Posts

Kes Nahas Pelajar UPSI: 18 Saksi Sudah Beri Keterangan, Video Tular Dianalisis Forensik Bukit Aman

Kes Nahas Pelajar UPSI: 18 Saksi Sudah Beri Keterangan, Video Tular Dianalisis Forensik Bukit Aman

11/06/2025
0

IPOH: Polis sudah merekodkan kenyataan 18 individu bagi membantu siasatan nahas ngeri di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB)...

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

06/02/2025
0

PETALING JAYA : Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa dia pada awalnya menyangka Zayn Rayyan Abdul...

Next Post

Muzik Video 'Demi Cinta' Pengajaran Bahaya Dadah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd