• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayda Jebat Ungguli 3 Trofi Anugerah Melodi

oleh AK-47
11/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA populariti pelakon dan penyanyi Ayda Jebat tidak dapat disangkal lagi apabila namanya diumumkan memenangi trofi utama Anugerah Melodi iaitu Personaliti Sensasi Melodi, semalam.

Selain trofi utama itu, Ayda turut membawa pulang dua lagi trofi, Personaliti Muzik Melodi dan Personaliti Media Sosial.

Kemenangan tersebut berdasarkan 100 peratus hasil undian peminat.

Ayda menerusi ucapan kemenangannya berkata, “Mungkin akan ada yang bercakap ini Anugerah Ayda Jebat, tapi ini membuktikan yang peminat saya buat kerja.”

Ayda berkata demikian kerana namanya pasti akan menjadi juara sekiranya sesuatu anugerah itu melibatkan undian sepenuhnya daripada peminat.

Sementara itu, pelakon Nazim Othman yang dikenali antara selebriti bijak bergaya memenangi Personaliti Fesyen Melodi.

Terima kasih kepada semua yang mengundi. #personalitifesyenmelodi #anugerahmelodi I Heart You!

A photo posted by nazimothman (@nazimothman) on Dec 10, 2016 at 6:09am PST

Sementara itu, pasangan yang kini hangat dikatakan bercinta, Fattah Amin dan Neelofa masing-masing membawa pulang satu trofi menerusi kategori Personaliti Drama Melodi dan Personaliti Pengacaraan Melodi.

Akim dan Stacy yang sedang menanti kelahiran anak sulung pula memenangi kategori Pasangan Sensasi Melodi.

Syukur alhamdulillah dan Terima Kasih banyak kepada semua yang mengundi kami dan juga yang selalu mendoakan saya dan suami.. Terima kasih banyak @kimcylovers 😍😍 #Repost @kimcylovers ・・・ Congrats @akimahmad dan @stacyanam !! alhamdulillah… rezeki kimcy junior tu 👶😅 big applause for our #kimcy and all yang dah bertungkus lumus undi untuk kimcy 👏👏 tqsm ❤ mudah-mudahan rezeki kimcy akan lebih murah lepas ni.. aamin!!

A photo posted by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on Dec 10, 2016 at 7:52am PST

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pula menang trofi Personaliti Sukan Melodi.

Anugerah Melodi yang julung kali diadakan ini dihoskan AG dan bersiaran langsung dari Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Anugerah ini turut dimeriahkan dengan seleksi persembahan daripada Francessa Peter, Zamani Slam, Sahara Yaakob serta penyanyi Indonesia, Afghan dan Marcell. – MYNEWSHUB.CC

Senarai Pemenang Anugerah Melodi 2016:

* Personaliti Sensasi Melodi: Ayda Jebat

* Personaliti Filem Melodi: Zizan Razak

* Personaliti Muzik Melodi: Ayda Jebat

* Personaliti Drama Melodi: Fattah Amin

* Personaliti Pengacaraan Melodi: Neelofa

* Personaliti Komedi Melodi: Jep Sepahtu

* Pasangan Sensasi Melodi: Akim & Stacy

* Personaliti Media Sosial Melodi: Ayda Jebat

* Personaliti Fesyen Melodi: Nazim Othman

* Personaliti Sukan Melodi: Datuk Lee Chong Wei

Tags: AnugerahAyda JebatmyArtispelakonpenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd