• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asing Ikut Jantina, Ekspresi Penumpang Jadi Bahan Troll

oleh AK-47
01/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INISIATIF sepasang suami isteri pengusaha bas ekspres mengasingkan tempat duduk penumpang menjadi bahan jenaka pengguna laman mikro Twitter sejak beberapa hari lalu.

Pemilik KRZ Management Sdn. Bhd., Amir Khairul Amri Budiman Khairuddin dan Noorlini Ramli yang mengusahakan bas TransMalaya Ekspres memberitahu langkah berkenaan diambil demi keselamatan dan keselesaan serta bagi mengelak insiden tidak diingini terhadap penumpang wanita.

“Selepas saya dan isteri berbincang dengan kakitangan, kami menetapkan polisi pengasingan tempat duduk bagi mengelak berlakunya perkara negatif ketika dalam bas seperti gangguan sesksual serta ketidakselesaan penumpang wanita untuk tidur,” ujarnya kepada BH Plus.

Tambah Amir lagi, kelonggaran diberikan kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk duduk bersebelahan sekiranya mereka mempamerkan kad nikah semasa membeli tiket di kaunter bas tersebut.

Asing Ikut Jantina, Ekspresi Penumpang Jadi Bahan Troll

Meskipun usaha tersebut dilihat sebagai usaha murni bagi mengekang insiden negatif, namun pengguna Twitter galahsokmo berkongsi status berbunyi “Kelakaq kelakaq. Gua terhibur dengan Twitter” apabila terlihat tweet daripada BH Online dengan tajuk ‘Tunjuk kad nikah untuk duduk bersama dalam TransMalaya Ekspres’ disamping beberapa ekspresi muka penumpang bas itu yang dijadikan sebagai troll.

Tweet berkenaan telah diulang kicau (retweet) lebih 8 ribu kali dan likes sebanyak 2 ribu oleh pengguna laman mikro tersebut sejak ia dimuat naik.

Penguatkuasaan undang-undang itu telah dilaksanakan sejak Februari lalu. TransMalaya Ekspres beroperasi dengan 2 bas dilengkapi 44 tempat duduk merangkumi empat daerah di Pahang iaitu Kuantan, Jengka, Jerantut dan Temerloh, manakala di Terengganu pula di Kemaman, Dungun, Paka dan Terengganu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Plus

Tags: jantinapenumpang bastroll
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahfuz Contoh ‘Troll’ Makan Diri

07/01/2022
0

Zaman ini zaman media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan segala-galanya. Majoriti rakyat Malaysia terutama golongan muda memiliki akaun media sosial....

Tunai Umrah Tak Ikut Jantina Asal Haram, Berdosa

04/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Perbuatan golongan transgender (mukhannas) menunaikan umrah secara tidak mengikut jantina asal mereka, adalah haram dan dikira berdosa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd