• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Sedia Bantu Atasi Masalah Dihadapi KAFA

oleh AK-47
23/12/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa bersedia membantu badan induk bola sepak negeri itu menyelesaikan masalah kewangan, namun bukan sebagai presiden KAFA.

Annuar berkata beliau menghargai nasihat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu beliau membantu persatuan itu, yang kini menghadapi masalah kewangan agar tidak menghampakan harapan ribuan peminat The Red Warriors (TRW) untuk menyaksikan pasukan berkenaan terus beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Dia (Perdana Menteri) kata, anda tolonglah, saya jawab Insya-Allah tuan, benar-benar menghargai keprihatinan dan nasihat tuan, itu saja, tak timbul soal saya kekal (sebagai Presiden KAFA),” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Semalam, Najib berharap persatuan bola sepak negeri-negeri mencari jalan mengatasi masalah kewangan yang mereka hadapi.

Perdana Menteri bimbang apabila mendapat tahu persatuan-persatuan itu termasuk KAFA mahu menarik diri daripada Liga M 2017 berikutan masalah kewangan.

Annuar yang meletak jawatan sebagai presiden KAFA pada 8 November lalu, berkata beliau terharu apabila seorang ‘big bos’ (perdana menteri) begitu prihatin dan mahu mengetahui masalah yang dihadapi KAFA.

Sehubungan itu, Annuar membidas tindakan pihak tertentu yang menuduh kemelut yang dihadapi KAFA sebagai sandiwara.

Akhbar sebelum ini melaporkan KAFA memerlukan kira-kira RM15 juta untuk kos keseluruhan pasukan itu bagi musim depan dan difahamkan kantung persatuan itu ketika ini hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil.

Keputusan terakhir sama ada Kelantan akan menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia musim depan akan dibuat menerusi kongres luar biasa KAFA pada 29 Disember ini.

Sementara itu, syarikat telekomunikasi Red One Network Sdn. Bhd. berhasrat untuk menjadi antara penaja pasukan Kelantan supaya terus beraksi pada saingan Liga M 2017.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Ben Teh berkata pihaknya akan berbincang dengan KAFA berhubung penajaan tersebut dalam masa terdekat.

Syarikat tersebut sebelum ini, menaja pasukan TRW selama dua musim sejak 2015. – BERNAMA

Tags: KAFATan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adam Saleh Popular Dengan Video ‘Prank’ Dalam Pesawat

Next Post

Hadiah Perkahwinan Jadi Penutup Mayat

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa ini bagi menjamin bekalannya dalam negara betul-betul...

Next Post

Hadiah Perkahwinan Jadi Penutup Mayat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd