• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Syarikat Felda Bakal Kuasai 37% Saham PT Eagle High

oleh Ahmad Albab
24/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menerusi anak syarikatnya, FIC Properties Sdn. Bhd., akan membeli 37 peratus kepentingan dalam syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk (EHP) pada harga US$505.4 juta (RM2.26 bilion).

Pembelian EHP yang juga antara syarikat perladangan terbesar Indonesia dan disenaraikan di bursa saham Jakarta, akan membolehkan FELDA memperoleh akses kepada tanah perladangan berkeluasan lebih 320,000 hektar atau kira-kira 4.4 kali saiz Singapura, termasuk lebih 125,000 hektar yang sudah ditanam dengan pokok sawit.

Dalam satu kenyataan hari ini, FELDA berkata ia sudah menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) dengan Rajawali Group bagi pembelian kepentingan dalam EHP.

Bagaimanapun, jelas FELDA, maklumat lanjut mengenai pembelian itu tidak dapat diumumkan sekarang kerana SPA berkenaan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan di Malaysia dan Indonesia.

Ia sebaliknya menegaskan, keputusan pembelian itu adalah sejajar matlamat jangka panjangnya menjadi antara kumpulan minyak sawit terbesar dunia.

“Kita perlu terus berkembang kerana sebarang tindakan untuk kekal di takuk lama akan menjadikan FELDA ketinggalan ketika pesaing lain sebaliknya mencatat kemajuan dalam industri yang berkembang pesat ini.

“Bagi menjana pertumbuhan ini, FELDA perlu meneroka kawasan baharu di luar negara berikutan tanah perladangan di Malaysia yang kian terhad,” katanya.

Menurut FELDA, selain mendapat akses kepada lebih banyak ladang simpanan, pembelian EHP akan turut membuka peluang kepada FELDA dan syarikat-syarikat sekutunya mengembangkan perniagaan masing-masing di pasaran domestik di Indonesia.

FELDA juga yakin pembelian kepentingan EHP itu akan membawa kesan positif kepada industri dan negara ini.

“Pelaburan dalam sebuah syarikat yang juga penggiat minyak sawit utama di Indonesia ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia, sekaligus memacu agenda Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) yang mana kedua-dua negara itu merupakan pengasasnya,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), yang sebelum ini terbabit dalam usaha pembelian 37 peratus kepentingan dalam EHP itu, berkata ia dan vendor sebulat suara bersetuju untuk menamatkan semua rundingan berkaitan.

Tahun lepas, FGV memeterai perjanjian dasar induk dengan Rajawali Group untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle pada harga US$680 juta (RM2.8 bilion) dalam bentuk tunai dan saham.

“Syarikat ini dan vendor sudah menandatangani perjanjian pembatalan pada 23 Disember 2016 untuk menamatkan kesemua transaksi dokumen membabitkan cadangan pembelian oleh syarikat dan vendor. Sehubungan itu semua hak, liabiliti dan obligasi (berkaitan) tidak akan memberi sebarang kesan,” katanya.

Tags: FeldaSaham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd