• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Mangsa LPT2 Belum Ketahui Pemergian Ibu

oleh Ahmad Albab
13/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Tiga anak-anak mangsa kemalangan di Kilometer 288.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) Ahad lepas masih belum mengetahui bahawa ibu dan dua adik beradik mereka telah meninggal dunia.

Mohd Aziruddin Majid, adik ipar Mahani Ngah yang meninggal dunia bersama lima yang lain, berkata anggota keluarga masih menunggu masa sesuai untuk memberitahu berita duka itu.

Katanya, suami Mahani iaitu Ahmad Nasal Abd Rahman, 52, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) semasa kemalangan maut itu, juga masih trauma dan bersedih dengan kejadian yang menimpa secara tiba-tiba itu.

“Kami (anggota keluarga) masih mencari peluang untuk memberitahu tapi masa yang sesuai belum dapat. Semua masih trauma namun kami akan terus menyokong dan membantu anak-anak ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tambah Mohd Aziruddin, kesemua mangsa yang cedera telah stabil dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Ahmad Nasal, seorang guru dilaporkan telah dibenarkan keluar daripada Hospital Kemaman selepas menerima rawatan sejak hari kejadian manakala Quratul Ain, 14, yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki telah sedar setelah keluar daripada dewan bedah pukul 4 pagi tadi.

Ahmad Shakir, 12, pula hanya mengalami sakit-sakit di badan akibat kemalangan itu.

“Ahmad Mukriz (tiga tahun) hanya mengalami luka di bahagian luar badan sahaja. Kesemua anak-anak Ahmad Nasal (Quratul Ain, Ahmad Shakir dan Ahmad Mukhriz) ini semakin pulih,” katanya.

Kemalangan ngeri yang membabitkan 10 anggota keluarga itu berlaku selepas susur tol Chukai, kira-kira pukul 6 petang selepas MPV jenis Hyundai Starex yang dipandu Ahmad Nasal hilang kawalan ekoran satu tayar hadapan pancit lalu merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar tiang hadapan.

Selain isteri dan dua anak Ahmad Nasal (Quratulnisa, 11 dan Ahmad Nijat,9), turut meninggal dunia ialah abangnya iaitu Ahmad Razif Abdul Rahman, 63 bersama isteri Pauziyah Awang, 56 serta cucu mereka Sofea Adriana Shahruddin, 7. – BERNAMA

Tags: LPT2
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

20/04/2023
0

KUALA NERUS – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) mulai sesak dengan kenderaan mulai hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd