• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amri Yahyah Tandatangani Kontrak Setahun Dengan MU

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah mengikat kontrak setahun bersama Juara Liga Perdana, Melaka United (MU), bagi memantapkan pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.

Amri, 35, yang dilepaskan oleh pasukan lamanya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sebagai sandaran untuk membantu pasukan barunya itu mencapai kejayaan terutama apabila pasukan itu akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Pemain itu mengakui tawaran yang diberikan kepadanya sukar untuk ditolak walaupun jauh disudut hatinya ingin kembali menabur bakti ke negeri kelahirannya, Selangor.

“Sebenarnya selepas tamat kontrak bersama JDT, saya menantikan tawaran daripada Selangor tetapi selepas Melaka datang memberikan tawaran, saya tidak menunggu lama untuk membuat keputusan.

“Secara peribadi saya percaya ini adalah pilihan tepat kerana Melaka merupakan pasukan yang dahagakan kejayaan dan mereka sudah membuktikan kecemerlangannya sejak dua musim lalu,” katanya selepas mendatangani kontrak secara rasmi bersama pasukan MU di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Presiden Melaka United hadir bagi menyaksikan majlis menandatangani kontrak itu yang berlangsung di sebuah hotel di sini.

Beliau menegaskan walaupun Amri digelar ‘Kuda Tua’ oleh sesetengah pihak namun ia tidak menjejaskan keyakinan MU terhadap kebolehan pemain itu.

“Dia merupakan pemain yang berkualiti selain pengalaman luas di dalam bola sepak dan agak sukar buat kami untuk tidak mengemukakan tawaran kepadanya.

Peluang mendapatkan khidmatnya adalah sesuatu yang sukar ditolak dan saya percaya dia merupakan pemain yang memiliki keupayaan setara dengan pemain muda berdasarkan kepada kekuatan mental yang dimilikinya,” katanya.

Sepanjang kariernya, Amri sudah menjulang pelbagai trofi kejuaraan termasuk Piala AFC, selain tiga kejuaraan Liga Super berturut-turut dan Piala FA bersama JDT. – BERNAMA

Tags: Amri YahyahMelaka United
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd