• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Allepo Korban Kompromi Barat Dan Bashar

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA 19 Julai 2012 pertempuran pertama meletus di Allepo antara Tentera Presiden Bashar dan Pejuang Pembebasan Syria (SLA). Ia lanjutan Revolusi Jasmin yang membentuk kebangkitan Arab Spring di Mesir pada Februari 2011.

Ketika puncak Revolusi Jasmin, dan kebangkitan menjatuhkan Bashar di Syria, Allepo antara kubu kuat dengan penguasaan wilayah pada nisbah 50/50 antara tentera kerajaan dan pejuang pemberontak.

Hari ini, genap empat hari Allepo kembali diserang secara besar-besaran dan menjadi fokus terakhir tentera Syria untuk menguasai semula sepenuhnya negara tersebut.

Dalam perang tiga penjuru antara Daesh, SLA dan tentera kerajaan, Bashar menikmati banyak keuntungan. Langkah agresif Barat menyerang kubu-kubu kuat yang dikuasai Daesh membolehkan Bashar menumpukan usaha menguasai semula Allepo.

Dalam operasi ketenteraan di Allepo, tentera Syria dibantu jet pejuang Rusia. Operasi berkembar antara pengeboman udara jet pejuang Rusia, dan disusul tembakan meriam darat Tentera Syria.

Dalam tempoh empat hari, ia meranapkan Allepo yang sudah pun 54 bulan bermandi darah.

Tempo.Com New York semalam melaporkan Bashar sudah kembali menguasai Allepo. Manakala, media utama arus perdana pula melaporkan, 24 jam yang lalu usaha gencatan senjata gagal dilaksanakan. Ini membuka kembali kubur massa untuk penduduk Allepo yang gagal melarikan diri.

Rundingan awal gencatan senjata mencadangkan supaya kanak-kanak dan wanita serta warga tua warga Allepo dibebaskan dari perangkap perang. Angkanya hampir 12 ribu orang. Bashar enggan bersetuju selagi senarai nama tidak diserahkan kepada pihak tentera.

Manakala, pemberontak pula keberatan bersetuju dengan syarat Bashar supaya semua tentera Syria yang terperangkap di Zon Perang dibebaskan sebagai ganti.

Justeru, serangan meriam kembali diledakkan dan pertempuran senjata berat berlaku di semua penjuru utama bandar Allepo.

Pemberontak Churkin dikatakan sudah menyerah kalah dan memohon kebenaran meninggalkan Allepo pada 14 Disember. Namun perang berterusan serta kegagalan gencatan senjata bakal menyebabkan pertempuran berterusan dengan angka korban dijangka meningkat pantas apabila tentera Syria dan pejuang SLA mula bertembung dalam pertempuran darat jarak dekat.

Aleppo bandar terbesar Syria dengan lebih dua juta penduduk. Bersempadan dengan Turki dan menjadi kubu utama Tentera Pembebasan Syria yang disokong Barat dan Turki.

Kesilapan utama Barat ialah berkompromi dengan Bashar dalam isu menyerang kubu Daesh. Kehadiran pesawat pejuang Barat di wilayah dikuasai Daesh, membolehkan Rusia menyusup masuk secara terbuka bagi membantu Bashar menghapuskan penentangnya di Allepo.

Kini Barat enggan mempedulikan Allepo. Barat memerlukan komitmen Bashar bagi melancarkan operasi pengeboman udara ke kubu Daesh yang kini menguasai Palmyra.

Dalam percaturan ini, Allepo pasti menjadi tanah yang dipenuhi mayat manusia. Lebih buruk, Turki juga nampaknya gagal memainkan apa-apa peranan kerana pembabitannya menyebelahi sekutu Barat. Dalam isu Syria, Ankara kini bukan lagi pihak berkecuali. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Allepokorban nyawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Tembakan Di California ‘Agenda Pengganas’ – FBI

05/12/2015
0

SAN BERNARDINO: SUSULAN kejadian tembak menembak yang mengorbankan 14 nyawa pada Rabu lalu di California, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyifatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd