• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajal Si Jumbo Berakhir Sedih Di Lenggong

oleh Ahmad Albab
24/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LENGGONG – Sekumpulan sembilan penduduk di Kampung Chepor, dekat sini yang menghalau enam gajah liar masuk ke kawasan tanaman terkejut apabila mendapati gajah berkenaan mengerumuni seekor anak gajah yang mati, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penduduk menghalau kumpulan gajah induk itu kerana disangka memusnahkan tanaman timun seorang penduduk.

Ketua Kampung Chepor, Tamizi Ghazali berkata, penduduk bersama Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terbabit bergegas ke tempat kumpulan gajah itu selepas diberitahu pemilik kebun, Mohd Nor Osman, 55.

“Bangkai anak gajah itu ditemui selepas penduduk terbabit berjaya menghalau kumpulan enam gajah induk di situ sebelum haiwan itu masuk ke hutan berhampiran.

“Mereka menghalaunya dengan memasang beberapa das mercun menyebabkan kumpulan gajah itu meninggalkan tempat itu dan masuk ke hutan berdekatan,” katanya di sini, semalam.

Tamizi berkata, dia dan penduduk tidak pasti mengapa anak gajah berkenaan mati di kebun timun seluas enam hektar yang diusahakan Mohd Nor dan tidak jauh dari rumah penduduk.

“Saya terus menghubungi Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Gerik jam 9 pagi tadi (semalam) supaya datang memantau kawasan sekitar kerana dikhuatiri kumpulan gajah induk itu agresif menyerang penduduk dan diharap tidak menghampiri bangkai anak gajah itu.

“Ini kejadian pertama gajah di sini ditemui mati di kampung ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Perak Noor Alif Wira Osman berkata, beberapa pegawainya dari pejabat Gerik ke tempat kejadian bagi membuat siasatan sebaik menerima laporan.

“Saya belum pasti mengapa anak gajah itu mati tetapi akan menyiasat sama ada ia perbuatan khianat atau mati kelaparan susu akibat tersesat daripada ibunya.

“Bagi memastikan kematiannya, mungkin bedah siasat terhadap anak gajah itu akan dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. – myMetro Online

Tags: gajahPerhilitan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syed Shamim Risau Hilang Peminat Kerana Album Solo

Next Post

Juliana Evans Bakal Kahwin Tahun Depan?

Related Posts

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

Kejadian Lepaskan 3 Ekor Ular Sawa Di Putra Heights, Disiasat Jabatan Perhilitan

11/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai tindakan tiga individu yang dikesan melepaskan tiga ekor ular sawa di kawasan longkang...

Next Post

Juliana Evans Bakal Kahwin Tahun Depan?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd