• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Empangan Merosot: Petani Disaran Guna Kaedah Tabur Terus Kering

oleh AK-47
26/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lebih 57,000 petani di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) disaran menggunakan kaedah ‘tabur terus kering’ bagi penanaman padi musim 1/2017 jika paras air di tiga empangan utama terus merosot akibat fenomena El-Nino.

Pengerusi MADA, Datuk Othman Aziz berkata sehingga Khamis lalu, jumlah takungan air di ketiga-tiga empangan iaitu empangan Muda, Pedu dan Ahing adalah sebanyak 49.16 peratus atau 741.54 juta meter padu.

Ini berbanding takungan pada tarikh yang sama tahun lalu sebanyak 1,405 juta meter padu, katanya.

“Keadaan ini boleh menyusutkan hasil padi sehingga 15 peratus,” katanya di ibu pejabat MADA di sini hari ini.

Justeru katanya, melalui kaedah tabur terus kering, bekalan air hanya diberi sebagai pengairan sokongan dari air pengairan, dan penggantungan kepada air hujan untuk mengairi sawah.

“Sehubungan itu MADA akan menetapkan jadual tanaman padi musim 1/2017 yang bersesuaian dengan ramalan turunan hujan,” katanya.

Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, situasi itu bukanlah pertama kali sebaliknya pernah berlaku sebanyak lima musim sejak penubuhan MADA iaitu tahun 1978, 1987, 1991, 1992 dan 1993.

Dalam pada itu, Othman menyeru agar para petani mengambil berat isu kualiti padi bagi mengelak berlaku pemotongan nilai padi yang tinggi.

“Petani hendaklah memastikan petak sawah dikeringkan seminggu lebih awal sebelum aktiviti penuaian dan memastikan kadar kemasakan padi berada lebih 85 peratus,” katanya.

Berdasarkan rekod, kadar potongan padi bagi musim 1/2016 ialah antara 20 hingga 28 peratus manakala potongan musim 2/2016 sehingga 26 Dis ini turun sedikit antara 20 hingga 25 peratus. – BERNAMA

Tags: Datuk Othman AzizMadaPengerusi MADA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lantikan Menteri Bukan Campur Tangan Politik

02/05/2019
0

JERLUN - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menganggap lantikan Menteri Pertanian dan Industri...

Pengerusi MADA: Kerajaan PH Disindir Mungkir Janji Lagi

01/04/2019
0

ALOR SETAR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disindir terus memungkiri janji untuk tidak melibatkan lantikan politik dalam syarikat milik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd