• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

85,777 Sertai SSP1M, Caruman Lebih RM460 Juta

oleh Ahmad Albab
21/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 85,577 pencarum telah menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SSP1M) dengan jumlah caruman melebihi RM462.2 juta sehingga November tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata daripada jumlah tersebut, seramai 11,086 ahli layak menerima sumbangan dividen tambahan iaitu maksimum RM120 setahun daripada kerajaan bagi separuh tahun pertama tahun ini.

“Bagi Skim Persaraan Swasta (PRS) pula, seramai 212,000 pencarum telah membuat caruman di lapan institusi kewangan yang terlibat dengan nilai aset bersih berjumlah RM1.38 bilion.

“Kedua-dua skim ini merupakan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan budaya penyimpanan untuk persaraan bagi golongan muda dan bekerja sendiri serta tiada pendapatan tetap dan ia ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat berhubung sambutan terhadap dua skim berkenaan sejak ia dilancarkan pada 2010 dan 2012 pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara, hari ini.

Dalam pada itu, menjawab soalan Senator Datuk Yoo Wei How berhubung perancangan kementerian untuk membantu ekosistem pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Othman berkata industri kewangan telah menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu PKS apabila setakat September lalu, sebanyak RM290.4 bilion jumlah pembiayaan terkumpul telah direkodkan dengan peningkatan sebanyak 8.2 peratus.

Jelasnya, jaminan kredit juga disediakan kepada para usahawan yang ingin mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tetapi tidak mempunyai cagaran atau rekod prestasi iaitu melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad.

“Usahawan mikro juga boleh mendapatkan pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Mikro tanpa cagaran sehingga RM50,000 di 10 institusi kewangan terpilih,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: PesaraSSP1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Rugi RM3.07 Juta Diperdaya Pelaburan Tak Wujud

Pesara Rugi RM3.07 Juta Diperdaya Pelaburan Tak Wujud

27/10/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerajaan hilang wang simpanannya selepas terpaksa menanggung kerugian RM3.07 juta akibat terpedaya dalam penipuan pelaburan tidak...

Angkara ‘Mazlinna’, Pesara Rugi RM76,740

Angkara ‘Mazlinna’, Pesara Rugi RM76,740

20/09/2025
0

Kuala Terengganu: Warga emas yang juga pesara swasta kerugian RM76,740 apabila terjerat dengan skim pelaburan tidak wujud. Ketua Polis Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd