• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

800 Unit Rumah PPR Dirancang Di Tanjong Karang

oleh Ahmad Albab
10/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membina kira-kira 800 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini tahun depan.

Menteri berkenaan, Tan Sri Noh Omar berkata KPKT telah mengenal pasti lokasi dan tapak bersesuaian untuk melaksanakan projek bertujuan membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah.

“Ini merupakan projek PPR pertama di Tanjong Karang, diharap kerajaan Selangor akan memberi kerjasama baik seperti kebenaran merancang dan tidak mengenakan premium tanah yang mahal,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program bersama menteri KPKT di sini hari ini.

Anggota Parlimen Tanjong Karang itu juga berkata projek perumahan berkenaan turut menerima subsidi kerajaaan pusat.

“Sebagai contoh, jika rumah itu kerajaan bina dengan kos RM170,000, kita akan jual kepada rakyat pada harga RM70,000 sahaja,” katanya.

Mengulas persiapan Jabatan Bomba dan Penyelamat menghadapi banjir, Noh berkata kira-kira 13,000 anggotanya di seluruh negara telah diarah berada dalam keadaan bersiap sedia.

“Sebanyak 350 pasukan bomba sukarela dengan kira-kira 13,000 anggota juga akan digembleng.

“JBPM juga telah menyediakan antaranya 600 bot penyelamat dan 240 lori sebagai persediaan menghadapi musibah itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Noh OmarPPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MAHA 2016 Capai Sasaran Tiga Juta Pengunjung

Next Post

8 Rumah Kedai Di Kawasan Warisan Rosak Kebakaran

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

Next Post

8 Rumah Kedai Di Kawasan Warisan Rosak Kebakaran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd