• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2016: ‘Rel’ Ejen Tranformasi Pengangkutan Awam

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tahun 2016 berakhir dengan janji bagi rangkaian perhubungan lebih baik di negara ini, dengan perkhidmatan rel menyediakan pengangkutan pantas dan menyeluruh.

Satu daripada projek bagi mentransformasi pengangkutan awam negara ialah kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang akan dibangunkan oleh Malaysia dan Singapura.

Kedua-dua negara menandatangani perjanjian bagi landasan sepanjang 350km itu pada 13 Disember yang akan memendekkan masa perjalanan antara Singapura dan Lembah Klang kepada 90 minit sahaja.

Pembinaannya dijadual bermula tahun depan dan projek HSR dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2026.

Satu lagi projek penting ialah Landasan Kereta Api Pantai Timur, meliputi jarak sepanjang 620km dari Lembah Klang. Projek itu diumumkan tahun ini dalam Bajet 2017 dan kerja pembinaannya akan bermula tahun depan.

Tersenarai sebagai antara projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia ke-11, ia akan dibina secara berperingkat dan akan menghubungkan Pelabuhan Klang, Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Tumpat.

Fasa pertama perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang yang merangkumi 12 stesen dari Sungai Buloh ke Semantan telah mula beroperasi pada 16 Dis.

Fasa kedua dari Semantan ke Kajang membabitkan 19 stesen dijadual mula beroperasi menjelang Julai 2017.

Laluan Sungai Buloh-Kajang merupakan perkhidmatan pertama bagi MRT. Laluan kedua iaitu Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, akan meliputi 37 stesen, 11 daripadanya di bawah tanah.

Kerja pembinaan sudahpun bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada 2022.

Kerja pembinaan juga sudah bermula bagi Laluan 3 perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), menghubungkan Bandar Utama dan Klang, dengan 25 stesen, dan dijadual siap pada 2020.

Di ibu negara Malaysia, Laluan LRT Ampang dipanjangkan lagi dengan 15 stesen baharu yang dibuka pada Mac.

Juga pada 2016, Projek Landasan Berkembar Lembah Klang turut dimulakan, membabitkan kerja naik taraf landasan sepanjang 42km antara Rawang dan Salak Selatan dan antara Sentul dan Simpang Batu.

Di Sabah dan Sarawak, projek terbesar setakat ini ialah Lebuhraya Pan Borneo, sepanjang 2,239km merentasi kedua-dua negeri.

Pembinaannya bermula pada April tahun lepas di Sarawak dan April lalu di Sabah.

Kerajaan, sementara itu, mengumumkan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Lembaga Pelesesan Kenderaan Perdagangan 1987 bagi pelaksanaan Program Transformasi Industri Teksi.

Program itu bagi menyelesaikan konflik antara pemandu teksi dan perkhidmatan pengangkutan secara dalam talian atau e-hailing seperti Uber.

Untuk meringankan beban pemandu teksi, kerajaan memperuntukkan RM60 juta untuk memberikan geran RM5,000 kepada setiap daripada mereka bagi membeli kenderaan baharu dan memperoleh permit teksi individu.

Satu lagi perkembangan penting adalah penubuhan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia pada 1 Mac sebagai entiti bebas untuk pengawalan dari segi ekonomi dan komersial berkaitan penerbangan awam negara.

Suruhanjaya itu telah membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara manakala Jabatan Penerbangan Awam membatalkan Sijil Operator Udara syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air, antara lain disebabkan kedudukan kewangan yang lemah. – BERNAMA

Tags: MRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd