• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Mayat Mangsa Dihempap Pokok Dibawa Keluar

oleh AK-47
06/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Mayat dua lelaki yang maut akibat dihempap pokok ekoran ribut di Bukit Layat, sempadan daerah Setiu-Kuala Terengganu, dibawa keluar ke jalan utama oleh pasukan keselamatan pada 11.30 malam tadi.

Difahamkan, operasi membawa keluar mayat kedua-dua lelaki itu mengambil masa kira-kira tiga jam setengah berikutan jarak sejauh 15 kilometer dari lokasi mereka dihempap pokok ke jalan utama.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bukit Layat, Mustafa Jusoh berkata beliau menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada rakan mangsa pada 2.30 petang tadi, apabila mereka gagal menghubungi kedua-dua lelaki berkenaan.

Katanya rakan mangsa kemudian pergi ke lokasi tempat dua lelaki berkenaan dikatakan berkhemah dan apabila sampai di sana, kedua-dua mangsa didapati sudah pun meninggal dunia setelah khemah mereka ditimpa sebatang pokok.

Rakan mangsa kemudian meminta bantuan pasukan keselamatan untuk membawa keluar mayat kedua-dua lelaki tersebut dan 30 anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat terlibat dalam operasi berkenaan.

Kedua-dua mayat lelaki tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: dihempapMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd