• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1Serve Di UTC Perak Bermula Februari Depan

oleh Ahmad Albab
17/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pelaksanaan 1SERVE: Satu Kaunter Pelbagai Perkhidmatan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini akan beroperasi mulai Februari depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata 1Serve merupakan transformasi perkhidmatan kaunter kerajaan yang sebelum ini mengamalkan konsep satu kaunter untuk satu perkhidmatan.

“Menerusi transformasi ini, satu kaunter kini menawarkan perkhidmatan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis Apresiasi 1Serve dan Pra Pelancaran 1Serve@UTC Perak di sini semalam.

Mohamad Zabidi menjelaskan menerusi 1Serve, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia; Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan di satu kaunter.

“Pelaksanaan ini akan mengguna pakai infrastruktur yang sedia ada termasuk peralatan dan petugas barisan hadapan yang serba boleh dalam persekitaran kaunter pelbagai perkhidmatan,” katanya.

Mohamad Zabidi berkata dengan adanya perkhidmatan 1Serve, orang ramai dapat menyelesaikan urusan lebih cepat hanya di satu kaunter sahaja dengan purata masa kurang daripada 10 minit.

“Pada masa ini, harapan masyarakat terhadap perkhidmatan kerajaan begitu tinggi, maka agensi pelaksana 1Serve harus memberi perhatian dalam pelaksanaan inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan 1Serve di UTC Perak dan UTC Sungai Petani, Kedah akan dijadikan model dalam pelaksanaan perkhidmatan kaunter pelbagai agensi di UTC baharu pada masa depan. – BERNAMA

Tags: UTC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaunter UTC Beroperasi Hingga Jam 10 Malam Atasi Kesesakan Kaunter Imigresen

23/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung akan beroperasi sehingga jam 10 malam mulai Rabu ini, kecuali UTC...

Waktu Operasi Baru UTC Sabah, Sarawak Mula 4 Mac

20/02/2019
0

PUSAT Transformasi Bandar (UTC) di Sabah dan Sarawak akan beroperasi pada waktu baru bermula 4 Mac ini setelah mengambil kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd