• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

150 Premis 7-Eleven Di Perak Dilengkapi ‘CCTV’

oleh Ahmad Albab
16/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Sebanyak 150 kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven sekitar Perak akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dikenali sebagai ‘Safecam’ sebagai usaha mengurangkan jenayah membabitkan premis berkenaan.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak SAC T. Selvan berkata satu poster amaran menyatakan pemasangan ‘Safecam’ yang beroperasi 24 jam dipasang di kedai serbaneka itu.

“Turut dipasang di premis itu poster yang mengandungi nombor talian hotline polis Perak 05-2401999 dan bilik gerakan Ibu Pejabat Kontinjen 05- 2451222 bagi membolehkan orang ramai menghubungi jika berlaku jenayah,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pemasangan ‘Safecam’ antara 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di sini hari ini.

7-Eleven Sdn Bhd diwakili Pengurus Operasi Perak Muhammad Khairi Mod Zain dan Pengurus Operasi Wilayah Utara Muhammad Nazim Madown, manakala PDRM Perak diwakili Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Supt Ismail Che Isa.

Selvan menasihati orang ramai supaya tidak bimbang untuk mengunjungi 7-Elevan yang beroperasi 24 jam kerana kedai serbaneka berkenaan dilengkapi CCTV.

“Selain itu, ia juga memberi amaran kepada penjenayah bahawa rakaman CCTV 24 jam di 7-Eleven akan menjadi bukti untuk mendakwa mereka di mahkamah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Selvan berkata jenayah indeks di Perak bagi tempoh Januari hingga 15 Dis lalu berkurang kepada 5,549 berbanding 5,956 tempoh sama tahun lalu.

Bagi jangka masa sama, jenayah pecah rumah juga turun daripada 1,080 kes tahun lalu, kepada 807 kes tahun ini iaitu sebanyak 210 kes. – BERNAMA

Tags: CCTV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

16/09/2024
0

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

02/09/2024
0

Kuala Lumpur : Pasukan pendakwaan terhadap kes lelaki Israel yang berdepan dua tuduhan memiliki 200 peluru dan memperdagangkan enam pucuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd