• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Remaja Bawah Umur Antara Ditahan Positif Dadah

oleh
17/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 14 remaja bawah umur adalah antara 87 individu ditahan selepas dipercayai positif dadah dalam serbuan dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu awal pagi tadi.

Timbalan Komander Sting Bukit Aman, SAC Arjunaidi Mohamed berkata dari jumlah itu, seramai lapan remaja berusia 16 sehingga 18 tahun manakala enam lagi berusia di bawah 16 tahun ditahan dalam Operasi Pusat Hiburan yang dilakukan bermula pukul 2.15 pagi sehingga 7.00 pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya turut menahan tujuh lelaki dan tiga wanita warga asing daripada 29 wanita dan 58 lelaki yang ditahan atas kesalahan yang sama.

“Polis telah melakukan pemeriksaan ke atas 158 orang yang berada di premis berkenaan dan saringan awal yang dijalankan ke atas 150 orang mendapati 87 daripada mereka positif dadah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Arjunaidi berkata pihaknya turut merampas beberapa jenis dadah termasuk 48 biji Eramine 5, 60 biji Ecstacy dan dua gram Ketamin.

Kes didiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (2), Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (2) akta yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter beliau mengucapkan syabas atas kejayaan pasukan STING terbabit.

“Syabas STING @PDRMsia, pagi tadi, serbu pusat hiburan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Tangkap 87 orang positif dadah dan rampas dadah #GoPDRMGo,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahpusat hiburanremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

03/01/2026
0

TAWAU: Demi upah lumayan, seorang pemuda berusia 19 tahun sanggup menjadi 'runner' dadah sebelum kegiatannya terbongkar apabila polis merampas lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd