• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zarul Rebah Sebelum Konsert Gegar Vaganza Bermula

oleh
21/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Melunaskan tanggung jawab mendendangkan lagu Fantasi Musim Cinta hingga layak mara ke pentas separuh akhir musim ketiga Gegar Vaganza (GV), penyanyi Zarul rupa-rupanya berdepan insiden cemas apabila tiba-tiba rebah, dua jam sebelum konsert malam tadi.

Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 43, memberitahu dia terpaksa dikejarkan ke hospital kira-kira jam 6.45 petang semalam apabila perutnya tiba-tiba sakit.

“Saya rasa sakit pada bahagian perut ketika berlatih. Malah, saya seperti kurang sedar dengan kejadian itu dan dibawa ke hospital.

“Doktor tidak dapat mengesahkan punca sebenar kesakitan itu. Saya meminta izin untuk kembali ke GV dan diberikan ubat tahan sakit.

“Kekuatan saya pada ketika ini adalah penyokong. Saya tidak sampai hati untuk mengecewakan mereka dengan menarik diri. Biarpun menahan sakit, namun saya mencari kekuatan dengan semangat peminat,” katanya kepada BH Online.

Zarul Rebah Sebelum Konsert Gegar Vaganza Bermula

Vokalis kumpulan Umbrella itu meneruskan perjuangan dengan mempersembahkan lagu Fantasi Musim Cinta yang dipopularkan penyanyi, Iwan biarpun kesihatannya kurang mengizinkan.

Pada pentas separuh akhir, Ahad ini, Zarul bakal menyanyikan dua lagu iaitu duet bersama Marsha serta sebuah lagu solo yang dipopularkan Aizat Amdan.

Selain Zarul, penyanyi lain yang turut bertanding pada peringkat separuh akhir adalah Ameng (Spring), Gmie (Screen), Nora, Intan Sarafina, Azharina dan Siti Sarah.

Malam tadi, penyanyi berpengalaman, Zur Eda menghentikan perjuangan apabila menerima markah rendah.

Gmie pula berjaya diselamatkan menerusi imuniti yang diberikan penaja platinum, Datuk Seri Vida. – BH Online

Tags: Gegar VaganzaZarul Umbrella
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seorang Maut, 2 Cedera Parah Lori Bertembung Kereta

Next Post

Tandas ‘Tersumbat’ Pesawat Terpaksa Dilencongkan

Related Posts

Catat Sejarah! GV7 Dinobat Program Muzik, Tarian Terbaik Asia!

06/12/2021
0

PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mencatat sejarah tersendiri apabila membawa pulang anugerah berprestij di Asian Academy Creative Awards...

Hady Mirza, Naqiu Juara Bersama GV6

23/12/2019
0

SHAH ALAM - Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan...

Next Post

Tandas 'Tersumbat' Pesawat Terpaksa Dilencongkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd