• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zara Zya Sering Didekati Lelaki Berniat Serong

oleh Ahmad Albab
05/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pelakon Zara Zya mendedahkan sering didekati lelaki yang ingin ambil kesempatan malah ada yang sanggup menaja kehidupannya hanya kerana statusnya sebagai selebriti.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 31, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah sesekali terjerat dengan tawaran mewah yang dijanjikan.

Malah dia terpedaya dengan individu yang ingin mengambil kesempatan kerana sedar ia tidak membawa sebarang kebaikan.

“Ada ramai lelaki mahu berkenalan tetapi tidak ada yang betul-betul serius sebaliknya sekadar ingin ‘berseronok’ dan mengambil kesempatan.

“Malah ada yang sanggup menaja kehidupan saya hanya kerana saya adalah seorang artis.

“Mujur saya bukan wanita yang mudah diperdaya malah mudah untuk saya tolak pelawaan daripada lelaki sebegini daripada terus menggangu,” katanya kepada mStar Online.

Zara bakal muncul dengan telefilem terbaharu berjudul Jatuh Cinta Buta.
Zara bakal muncul dengan telefilem terbaharu berjudul Jatuh Cinta Buta.

Zara ditemui pada majlis pembukaan butik keenam Estetika Medispa, di sini, baru-baru ini.

Pelakon itu berkata demikian apabila ditanya berhubung statusnya yang masih solo dan jarang dikaitkan dengan mana-mana lelaki sebelum ini.

Dalam pada itu, bercakap soal kahwin, Zara berkata, dia tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh dalam waktu terdekat walaupun tidak merancang ke arah itu buat masa ini.

“Andai ditakdirkan dalam perjalanan balik nanti saya terjumpa lelaki yang boleh membuka pintu hati saya, esok juga saya boleh kahwin.

“Soal kriteria lelaki pilihan, cukuplah dia seorang yang matang, stabil dari segi ekonomi dan boleh membimbing saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zara berkata, dia merancang untuk buka sebuah kafe berkonsepkan kemelayuan pada awal tahun hadapan selain memberi fokus mengembangkan perniagaan tudung secara dalam talian yang dilakukan sejak dua tahun lalu.

“Saya akui seorang yang tidak bijak merancang perbelanjaan terutamanya selepas bergelar pelakon tetapi saya mula berfikir serius tentang masa hadapan.

“Sebagai langkah persediaan saya berjinak-jinak dalam perniagaan dan Insya-Allah pada tahun hadapan saya akan membuka kafe sendiri.

“Menjadi cita-cita saya juga untuk membina sebuah rumah untuk ibu saya dan berharap impian itu menjadi kenyataan,” ujarnya.

Sementara itu, Zara berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Jatuh Cinta Buta bersama pelakon Redza Rosli untuk terbitan Astro. – mStar Online

Tags: pelakonZara Zya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd