• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujudkan MRSM Berbayar Penuhi Permintaan Ibu Bapa

oleh AK-47
28/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah memberi cadangan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) agar menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.

Beliau berkata ini kerana beliau menerima banyak permintaan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi yang anak mereka cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.

Permohonan kemasukan ke MRSM kini memberi keutamaan kepada pelajar dari keluarga berpendatan rendah terutama dari luar bandar.

“Oleh itu saya lontarkan idea untuk mewujudkan MRSM berbayar kepada Majlis Amanah Rakyat untuk dikaji. MRSM ini akan diwujudkan di Lembah Kelang dan mungkin mengenakan yuran yang sedikit rendah berbanding sekolah swasta atau sekolah antarabangsa.

“Namun kadar yuran MRSM berbayar akan bergantung kepada kos. Sekarang ia masih di peringkat terlalu awal untuk berbincang mengenai yurannya,” katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu semasa berucap pada perhimpunan itu, Ismail Sabri berkata pelajar dari golongan isu rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan miskin bandar akan diberi keutamaan memasuki MRSM mulai tahun depan. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriMRSMUPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd