• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita UMNO Bakal Turunkan Calon Wanita Negeri PRU-14

oleh Ahmad Albab
16/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pergerakan Wanita UMNO telah bersedia mengemukakan calon pertama wanita Barisan Nasional (BN) negeri untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) kelak.

Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abd Jalil berkata sekurang-kurangnya seorang calon wanita akan dinamakan untuk memenangi kerusi bagi BN.

“Setahun dulu, semasa perjumpaan dengan Menteri Besar Terengganu beliau berjanji bahawa kali ini (PRU) akan ada sejarah di mana Wanita UMNO akan diberi peluang bertanding sebagai calon.

“Kalau boleh kita nak lebih daripada satu calon daripada wanita, tetapi sekurang-kurangnya seorang calon pun sudah memadai,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Taklimat Kesiapsiagaan PRU-14 Kepimpinan Wanita Negeri Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Terengganu Datuk Fatimah Hamat.

Shahrizat berkata bilangan calon Wanita diberi peluang bertanding di Terengganu bukanlah isu utama tetapi kemenangan kerusi yang menjadi keutamaan.

“Di Terengganu, Alhamdulillah Wanita UMNO berada dalam keadaan baik dan saya berpuas hati dengan persiapan dan kesiapsiagaan mereka…,” katanya.

Tambah Shahrizat, untuk memenangi kerusi pilihan raya, dua elemen iaitu parti dan jentera haruslah menjadi keutamaan.

“Kalau parti bagus, tapi jentera tak bagus susah nak menang dan kalau jentera bagus parti tak bagus pun tak boleh jadi,” katanya.

Sementara itu Ahmad Razif berkata perkara itu akan diserahkan kepada perdana menteri berdasarkan kepada cadangan yang diterima daripada bahagian-bahagian.

Wujud keperluan untuk dicadangkan calon wanita, sekurang-kurangnya seorang calon untuk satu Dewan Undangan Negeri (DUN), bagaimanapun semuanya bergantung kepada keputusan presiden (parti), katanya. – BERNAMA

Tags: Shahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

22/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Biarpun tewas kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat...

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

Kuala Lumpur : Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil secara rasminya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dan menyerahkan kertas pencalonannya awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd